Thursday, 10 August 2017

TIPS WANITA BEKERJAYA YANG INGIN MENJADI SURIRUMAH TANGGA SEPENUH MASA

Assalamualaikum.

Kali nak bg tips persediaan seorang isteri yang akan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Tulisan ini hanya berdasarkan pengalaman seorang suami..
.
Setelah bekerja dari 2006 sehingga 16/6/2017 (hari terakhir kerja), lebih 10 tahun. akhirnya isteri ambil tanggungjawab untuk meletak jawatan dan uruskan rumah tangga. Faktor utama adalah sebab kami ada anak istimewa Ahmad Aqeel (OKU penglihatan (buta+autisme) yang kini berusia 5 tahun. Anak kami semua kini 3 orang. Ahmad Abqari , 8 tahun dan Aisyah Azzahra, 1 tahun 7 bulan.
.
Sebenarnya isteri dah berkira-kira untuk meletak jawatan sebaik sahaja kelahiran anak ini. Namun, atas faktor ekonomi keluarga yg tak stabil, kami padamkan dulu niat tu.. tp cita-cita x pernah hilang begitu saje.
.
Kerjaya isteri bukan biasa-biasa, dia ada master, gaji dah sedap lebih 5K, bonus tahunan hampir 20K. Jadi utk lepas jawatan begitu sahaja bukan mudah. Tentangan dari rakan sekerja & ibu bapa mencabar juga.
.
Sebagai suami, syarat sy mudah je, habiskan hutang belajar (PTPTN) & hutang kereta. Alhamdulillah. kesan jimat cermat, isteri dapat bayar lebih awal dari jadual.
.
Tapi, akhirnya kami bulat tekad, Isteri hantar notis sebelum raya 2017. 3 bulan notis, lebih kurang 2 bulan notis pon settle. Isteri kini bebas dr hutang dan kerjaya. Kawan-kawan jangka isteri dapat better offer.. xde.. mmg xde.
.
Pe persediaan kami, walau pun isteri berhenti mengejut, kami dah training lama. bertahun-tahun sebenarnya.
.
1. Saya dah mula melatih diri bayar semua hutang & perbelanjaan keluarga seorang diri setahun lamanya.

Perlahan-lahan kami buat.. Cukup ke? mmg x cukup.. biasa minggu kedua, isteri dah bantu.. sebab pe? duit belanja nak makan sendiri pon dah xde.. haha.
.
masuk bulan ketiga, keempat saya dah boleh adjust sikit-sikit. cane? kita kongsi lagi kat bawah

2. Bawak bekal ke Pejabat

Tradisi bawak bekal ni dah mula dari saya duduk asrama tingkatan 1 lagi.. pastu saya keje sebelum kahwin. mak saya masak. saya bawak bekal. Jadi bila saya kahwin, isteri pon boleh masak. X payah masak susah-susah. cukup untuk alas perut. Mee Goreng, Nasik Goreng,.. jangan la bawak bekal ikan 3 rasa, tomyam Thailand.. tu demand.. x betul tu.. kesian isteri. ni bila makan malam sesekali boleh la mintak,

3. Tak Merokok

Setuju ke x? rokok ni mmg mahal.. saya x hisap jadi x tau harga. jadi penjimatan mmg sebahagiannya di sini. Susah nak berhenti? sahabat semua pandanglah wajah isteri & anak-anak.. nak sedap rokok utk sendiri ke nak bagi anak bini makan sedap.

4. Guna NGV 

Natural Gas Vehicle (NGV). Ramai orang kata, stesen x bnyk. enjin cepat panas lepas tu Kong. Saya Tawakkal kepada Allah. yakin utk guna ni utk bantu kehidupan anak isteri. Bila bayar kena cash, jadi jangan lupa sedekah sikit untuk pekerja yang pasang/mudahkan/uruskan gas kita. Yakin, sedekah tu yang bantu enjin kita tahan.

Harga minyak turun naik, susah untuk kawal perbelanjaan.

5. Potong Sukan ASTRO 

Saya peminat Liverpool.. Tu je hiburan yg ada.. umur 34 ni dah x berapa tgk TV.  Bila ada ASTRO dan slot sukan, saya kena bayar RM95.00 lebih kurang. Tp bila buang sukan saya kena bayar RM50++ lebih kurang.  Saya mengalah sekarang, x tau la akan dtg cane.. Buat masa sekarang layan liverpool di FB live je.

nape x buang terus? sebab Astro Oasis (106) kami pasang setiap sebelum solat supaya anak dapat hafal semua zikir-zikir kat situ.

Nape x pasang je line intenet? sebab x mau anak terlalu ketagih gadjet. Kalau anak nak main intenet. saya bg intenet saya, Tathering je.. boleh kawal. ye, saya guna U mobile - RM74. Unlimited.. semua org boleh pakai.

6. Nasihat Ibu Bapa

Memang pada awalnya kami dapat tentangan dr ibu bapa, memandang kos hidup zaman sekarang mmg mencabar.. Tapi lepas kami jelas kan dengan justifikasi yg kukuh.. mereka ok..

Pesan Ayah Mertua.. Abah Ok je.. Semua orang makan nasi sepinggan je.. ape nak risau. Bezanya cane kita makan, pe yang kita makan.

7. Tak Makan Luar

Bila makan luar, air kita kene beli jugak. Duduk 5 org, 5 air kita kene beli.. dah RM 10. Jadi jika kami teringin makan luar atau kami kene kerja luar daerah, kami akan beli tapau.. beli nasik lebih. Air minum air masak. Kalau teringin beli la satu botol besar air yg kaler-kaler tu.. bawah rm4, semua boleh minum.

bagi anak makan kenyang dulu, lepas tu baru bawak jalan-jalan. Anak kenyang, mereka pon x merengek nak mintak makan luar.

8. Kurang Makan Fast Food

Zaman sekarang sape x suka makan KFC, Mcd, Burger King, Pizza dan sewaktu dengannya. Kami pon suka. Tapi kami dah pesan pada isteri & anak-anak. sesekali boleh. 2,3 bulan sekali ke. Saya? lalu je.. buang perasaan sedap.. buang perasaan teringin.. kalau teringin sangat.. masak la ala-ala tu.

9. Buat Checklist Bayar Hutang

ni sebenarnya tips no 1.

kene kontra gaji = hutang+perbelanjaan. supaya kita tau kedudukan dan kekuatan kewangan kita. bila dah tolak tambah, kita akan tau lebihan, dan di mana lebihan akan digunakan. simpan sikit juga utk kos perubatan.

10. Pendidikan tetap diutamakan

Dari segi makanan memang kami x semewah dulu. tapi dari segi pelajaran, kami x kompromi. Kami kerja keras supaya anak dapat pendidikan yang sempurna. sama seperti ibu bapa kami buat dulu pada kami. Memang mahal kos pendidikan. Tapi tu bukan alasan. moga anak-anak kami pandai dunia & akhiratnya. Aamin.

11. Kesimpulan

Ini adalah sebahagian tips yg saya buat. Nampak kedekut sangat. tapi pelan-pelan kayuh, insyaAllah Tuhan akan mudahkan. Ukur baju badan sendiri. Berbelanja berpada-pada,
.
Sebagai suami, kita x mau anak isteri kita hidup susah, makan susah, rasa susah. Tapi semua orang doa, insyaAllah ada rezeki. (ini saya akan kongsikan cane rezeki yang tidak kami sangka tu pada next chapter)
.
Isteri awal-awal lagi bersedia. Sekarang emosi dia stabil, dulu kurang stabil kadang-kadang sebab stress kerja. emosi anak-anak stabil, saya pon boleh kerja dengan tenang. Dulu kelam kabut berkejar nak hantar, ambil anak taska, sekarang x lagi.
.
Dulu anak kurus, sekarang dah berisi sikit.
.
Pesan isteri saya. Kini dia x mengejar dunia. Dia kejar Akhirat. Bakti dia kepada suami & anak-anak hanya Allah yang mampu balas. Terima kasih wahai kekasih hati dunia akhirat.




3 comments:

  1. Wowww hebat! Besar pengorbanan wife en.faiz. kagum!

    Tapi lebih hebat tawakal bab rezeki tu.. ☺
    Tak sabar nak tunggu next update.

    ReplyDelete
  2. tahniah, saya kagum!

    ReplyDelete
  3. impian saya juga..taun depan mmg plan nk berhenti keje.. tp inshaAllah ade plan untuk bisness sndr.. skrg pon memang tgh menguruskan bisness scr part time.. buat homemade je

    ReplyDelete