Thursday 24 July 2014

Hijir Ismail


Assalamualaikum

Indahnya Kaabah.. Rindu rasa hati.. kali ni nak citer pasal Hijir Ismail.. ada yg eja Hijr Ismail.. xpe.. sama je.

pe yg menarik pasal Hijir Ismail ni?

terdapat satu riwayat,
pada satu hari Siti Aisyah R.A isteri Rasullullah tringin sgt sembahyang dalam kaabah. so dia pon requestla kat Nabi Muhammad S.A.W. tp Nabi S.A.W x benarkan solat dalam Kaabah.. Walau bagaimanapun, Nabi SAW memerintahkan Aisyah bersolat sahaja di Hijir Ismail. Sebab pe?
Sebab Nabi SAW bersabda barang siapa solat di Hijir Ismail adalah sama seolah2 dia bersolat di dalam Kaabah sebab ia adalah sebahagian daripada Kaabah. (Riwayat ini sahih dan disahkan oleh mutawif saya) 

sumber : Facebook. Hijir Ismail yg lengkung tu
Hijir Ismail ni adalah antara tempat yang paling mustajab berdoa.. sebenarnya kat Mekah tu semua tempat mustajab berdoa.. tp kat Hijir Ismail ni up skit pasal kisah di atas td kan.. so.. maka.. berbondong-bondong la org mencari peluang untuk solat di dalam Hijir Ismail tu..
bila dah ramai, dan tempat yg kecik.. maka, perlu ada strategi utk solat dalam tu.. 

strategi yg pertama mestilah niat..
niat kena ikhlas.. saya rasa kalau overconfident mmg x merasa.. riak, ujub, takbur lg payah..
so kita doala.. diberi kesempatan solat di dalam Hijir Ismail ini..
biasanya masa solat fardu ia akan dikunci dan dijaga oleh pegawai2 keselamatan situ.
cuma, kadang-kadang masa solat fardu, Imam akan solat dalam tu..
Imam ni, ikut pemerhatian saya, dia akan rotate penjuru mana dia nak solat.. x tentu.. yg ni saya x kaji lg..

Syukur Alhamdulillah saya diberi rezeki untuk bersolat di dalam Hijr Ismail semasa di sana. Namun, yg indah dan bonus bg saya time tu, saya dapat bawak isteri dan ibu saya bersekali dan berjemaah di dalamnya..

satu lg strategi yg penting sy rasa.. bila dah dpt masuk.. kita dah ada plan nak buat solat pe.. 
sebab bila masuk dalam tu, saya rasa masa singkat kerana pintu yg dibuka untuk keluar masuk ada satu je.. dan jemaah tidak putus.. baik lelaki mau pon perempuan.
ada ketikanya kita kena queue utk solat walaupun kita dah dalam tu. sabar tau

kalau dapat masuk dalam tu.. solat la dengan ikhlas.. kalau niat kita ikhlas mmg dipermudahkan.. jgn pikir sempit.. jgn pikir sesak.. jgn pikir susah nak sujud.. dan lain-lain yg negetif.. buang sifat2 negetif tu.. carik dan niat dengan positif.
satu lg sembahyang di bawah pancur emas juga merupakan satu tempat yang mustajab untuk berdoa. pancur emas ini terletak dalam lingkingan Hijir Ismail..tu pon kena niat jugak kan..

Kesimpulannya.. bersandarkan kepada riwayat td.. saya berpesan kepada diri saya dan rakan-rakan, jika ke sana nanti ambilla peluang untuk bersolat di dalam Hijir Ismail ni.. feel dia lain macam best..

sekian

#loveMakkahMadinah #PrayforGaza

Friday 27 June 2014

Tertib semasa Umrah

Assalamualikum


Kali nak cerita last bab rukun umrah iaitu tertib

berkumpul 1st time sebelum tawaf 

kita ulangkaji balik rukun umrah

1. niat
2. tawaf
3.saei
4.bergunting/bercukur
5. tertib

selesai saei..
apa maksud tertib.. tertib ni mengikut urutan.. maksudnya setiap rukun yg kita buat mestilah mengikut urutan.
x boleh la.. saei dulu.. tawaf dulu.. kena ikut urutan

di hadapan masjidilharam
korang rasa ada ke org x buat ikut tertib..

mungkin adakan..
tawaf x cukup tujuh pusingan..
mungkin saei x lengkap 7 pusingan
mungkin lepas saei x bergunting (himpun semua 2 kali umrah.. skali pastu baru bergunting)

kadang2 perkara ini berlaku kepada jemaah.. ujian dari Tuhan..
so sebagai persediaan eloklah kita bersedia dan menghafal ilmu yg guru kita ajar..
kalau kita x sure.. terus tanya mutawif.. diorg mesti bantu

selesai tawaf.. hampir dekat zohor

buatlah setiap perkara itu mengikut step kan..

dalam masjidil haram.. dengan mak dan wife

kalau kita x sure.. cepat2 tanya mutawif..
yg saya boleh simpulkan.. setiap ibadah itu.. Tuhan akan nilai.. kita usaha dan iktihar je kan..


hampir dgn magrib.. syok

ape pon.. bukan setakat saei je ada tertib ni..
semua ibadah kita ada tertib.. baru nampak kemas dan cantik.

seronok sembahyang depan kaabah

Kesimpulan.. sebelum kita mengerjakan umrah atau haji atau sahaja ibadah.. kita perlu berguru dan mendapatkan ilmu yg mantap.. setiap org ada ujian tersendiri.. tiada pengalaman pahit di tanah suci.. percayalah.. hanya ada kenakan yg manis.. perasaan rindu nak ke sana membuak2..

sekian.

#lovemakkahmadinah


Thursday 12 June 2014

Bergunting/bercukur untuk Tahallul semasa Umrah

Assalamualaikum

Kali nak citer rukun umrah ke-4

macam biasa bukan nak ajar.. nak share je..


Ulang balik 5 rukun umrah

1. Niat di Miqat
2. Tawaf
3. Saei
4. Bergunting/Bercukur - Tahallul
5. Tertib



Bergunting mudah ke?
dia jadi payah kalau kita terlupa bawak gunting..
boleh ke gunting kat hotel? boleh.. tp risiko la.. sebab selagi kita x bergunting so kita masih dalam ihram.. masih dalam pantang larang ihram..
so better bawak gunting.. selesai je saei.. terus potong.. mesti lega


nak gunting katne yg elok?
se elok-eloknya rambut yg sebelah kanan hadapan kepala. (rujukan buku andalusia)

paling afdal, umrah wajib tu kita cukur abis.. gondol org jawa kata.. kah kah..
nak gondol biasa org buat kat kedai.. byr 10 riyal.. cukur misai janggut dan segala bulu 30 riyal..

gondol x buat kat kawasan saei tu .. biasa bergunting skit2 dekat area Marwah..
ada tong sampah di letakkan kat situ.. kita gunting.. then buang dalam tong sampah tu..
Kalau korang x bawak gunting.. jgn risau, saya pon x bawak.. kah kah..
tp wife saya bawak.. so lega..
biasa ramai org akan bergunting area tu.. so kita boleh pinjam sat.. kalau nak suruh org tu potongkan pon bule.. xde masalah.. 

yg ni penting,

kalau umrah wajib kita dah gondol.. umrah sunat yang lain kita xle bergunting sebab dah licin kan.. so kita kena lalu kan pisau pencukur.. kena ingat ni..

satu lagi..
untuk sekali umrah sekali bergunting..
xle 2 ke 3 kali umrah.. cover campur semua skali dgn hanya skali gunting.. x betul tu.. x ikut tertib  
ni betul2 lepas bercukur.. berkilat
pernah saya terserempak.. kanak-kanak tunggu di area berdekatan.. dia tolong potong helaian rambut kita.. dan mintak upah.. pada saya bagusla budak tu buat cantu..
org boleh sedekah..budak tu pon x menganggur..
tapi berapa dia mintak saya x sure..

Setiap tempat yang saya pergi mesti ada perkara yg maniskan..

sama-sama dah cukur
saya nak share kisah kami.. selesai saei, bule kata kami agak trasa jugak mengahnya kan.. kah kah..
mengah tau x? x tau xpe.. haha..

kiranya lebih kurang utk saei kita akan berjalan sejauh lebih kurang 3km..
tp nasib baik ada air cond (bukan air corn- eja masa fizik form 5 dulu.. kah kah)

adalah digalakkan kita fit sebelum menunaikan haji atau umrah ni.. pesanan untuk diri sendiri jugak.
maklumla x fit.. kah kah..
so.. wife pon rasa benda yg sama..

gambar hiasan bukan di lokasi sebenar.. hehe.. ni kat jabal rahmah

sedang kami bergunting tu.. tetiba datang seorang jemaah.. juga dari Malaysia.. dia wanita.. umur lingkungan 30-an ke 40-an.. saya panggil dalam hati saya.. dia wanita besi.. sebab ape?
sebab dia bawak 4 org anak sekaligus.. semua anak dia kecil2.. saya agak umur diorang, mungkin 10 tahun, 5 tahun dan 3 tahun dan 2 tahun..

soalan pertama saya.. suami puan mana? dia kata suami x sihat.. x larat.. ok.
dia kena buat cepat sebab dia dalam ihram..

pastu dia mintak tolong bukakkan gunting dia dari plastik.. pasal baru lg..
bila dah kuarkan gunting tu.. macam x boleh pakai..
so kami tolongla potongkan rambut dia dan anak2 dia pakai gunting kami..
yg perempuan.. wife saya potongkan..

tau x apa kami rasa time tu.. moral of the story..
kami rasa agak mengah.. sedikit letih.. tp sebenarnya.. seorg wanita bawak 4 anak..
dengan dia tolak wilchair
ditambah ada anak yang diletakkan di belakangnya badan dia..
dengan sorang lg mcm dalam perut kanggaroo..(masih terbayang situasi time tu)..

mmg benar-benar bg kami semangat dan buat kami kuat..
xde rasa letih2 dah pastu (x mau guna ayat ni td..) hehe.. 

serius.. kami bawak 2 anak.. puan tu bawak 4 anak..
MasyaAllah.. besarnya kuasa Allah tunjuk kat kami..
tiada apa yang mustahil kalau kita dah niat dan kita buat bersungguh-sungguh..
sejak haritu smgt kami terus meningkat dan seronok sgt utk beribadah..

Selesai je bergunting..
puan tu berlalu dan saya dan wife terus kagum sehingga dia hilang dari pandangan mata..

ok.. sekian.. untuk bab bergunting..

#loveMakkahMadinah






Tuesday 10 June 2014

Saei semasa Umrah

Assalamualaikum

Kali ni nak citer pasal Saei.. ada org eja Saei' ada jugak eja Sa'i.. pe pon.. ni merupakan salah satu rukun umrah.. kita ulang blk ye rukun umrah.. sebelum ni dah citer pasal niat dan jugak tawaf..

rukun umrah

1. Niat di Miqat
2. Tawaf
3. Saei
4. bergunting/bercukur
5.tertib

so saya nak citer yg Rukun yang ke-3 tu..
saya bukan nak ajar..
semua nak share pengalaman je tau

nak saei pon kena niat tau..

lepas je tawaf.. minum air zam zam spi puas.. pastu kita niat saei.. lafaz dia cane?

Ya Allah, aku hendak bersaei di antara Safa dan Marwah  tujuh kali Saei Umrah kerana Allah Ta'ala

Syarat2 Saei

1. Hendaklah dilakukan selepas tawaf (mengikut tertib)

2. Hendaklah bermula  dari Safa dan habis di Marwah untuk satu pusingan.
dan pusingan berikutnya dari Marwah ke Safa

3. Tujuh kali dengan sempurna

4. Saei kerana ibadat bukan kerana yang lain

5. Saei hendaklah di batnul-wadi (tempat yang termaklum) yang dipanggil Mas'a

6. Hendaklah sampai ke bukit safa dan Marwah.
(rujukan buku andalusia)


ok.. pengalaman bersaei ni pon masih tersemat dalam hati ini.. macam biasa saya berada di tingkat atas.. tingkat 2 sebab guna willchair.. tp xpe..
saya x berkesempatan buat di bawah.. tp saya adalah jenguk2 bawah tu.. abah cerita.. dulu org panjat tinggalan bukit di Marwah. saya dapat tgk.. dari atas.. dan skali dari bawah masa lalu di kawasan tu
tp skang bukit tu telah di pagar.. ok.. gambar tu xde.. citer je ada. hehe 


nampak x ada yg berwarna hijau tu.. di situ disunatkan berlari anak..
dan di katakan tempat ini sangat mustajab untuk berdoa..

tempat saei ini panjangnya hampir 420meter (menurut google) kah kah.. tp dia lurus..
dan ia menjadi favourite kepada Ahmad Abqari di sini..
setiap kali disini mesti dia ajak berlumba..
sebab pe?

sebab td kan sunat berlari anak..
mmg majoriti org berlari anak disini..di tiang hijau tu..

tp dia akan buat mcm org nak lari 100m.. punya laju..mcm bersungguh-sungguh utk lumba
 kah kah.. ok tu xpe.. sebab dia blajar..

kisahnya.. x silap saya saei saya yg ketiga.. (umrah sunat) Ahmad Abqari lari dengan laju sampai hilang dari pandangan mata..
senang kata lari samapai hujung..
jaraknye start 300meter lebih kurang..
seronok sgt mungkin

aku rasa time tu rileks je.. pasal dia lelaki.. tapi wife saya.. risau rupanya..
nampak mcm menangis.. hehe

wife pon lari anak utk cari dia.. kami nampak dia.. bila sampai Marwah tu.. ada mcm lengkung mcm u-turn utk buat u-turn la.. Ahmad Abqari melilau la carik kami.. lama jugak.. kami perati je..
serius mmg dia x nampak kami ketika tu 

lepas tu kami dptkan dia.. dan wife pon nasihat.. supaya dgr kata kami.. maka mereka pon berpelukan.. si anak mintak maaf kat ibu dia.. oo.. sweet..

tp moral dia.. kena pesan kat anak2.. jgn bergerak sendiri tinggalkan org yg jaga dia..
 takut hilang terus.. cuak jugakkan.. hehe.. xpe.. lesson learn.. niat beribadahkan.

perkara-perkara sunat yg boleh dilakukan semasa saei.

1. keluar ke tempat saei dgn melalui Safa

2. Menaiki bukit Safa dan Marwah sehingga sampai batu2 bukit dan melambai kaabah

3. menghadap ke arah kiblat dan melambai kedua tangan sera bertakbir .. Allahu Akbar..
setiap kali berada di bukit Safa dan Marwah

4.berlari-lari anak bagi lelaki, tidak bg wanita.. sampai tiang hijau baca doa tau.

5. Menutup Aurat

6. Tujuh kali berturut.

7. berwudhu'

8. berjalan.. kecuali uzur bolehlah guna kenderaan

9. berdoa dalam setiap pusingan atau berzikir.

Air zam zam kat tempat saei ni paling sedap.. boleh beza ke? saya rasa ni perasaan saya je.. hehe.. sebab pe.. saya ada terbaca mata air zam-zam yang dijumpai mula-mula adalah di kawasan saei..
maafkan jika saya silap.


namun mutawif saya berpesan jika saei ini dan kita nak berhenti utk minum air zam-zam yang diletakkan di sepanjang kawasan saei ini sebelum tamat 7 pusingan tu, lepas minum tu, dia suruh patah balik 3 langkah dati tempat kita berubah arah td.. dan betulkan semula niat saei td..

dan saya cuba utk fokus tanpa berhenti minum air semasa saei umrah sunat ketiga..
hasilnya lebih feel.. doa yg kita baca lg feel.. compare kalau kita buat rileks2.. minum2 air.. brenti.. lepak2..
faham ke maksud saya ni? kah kah.. xpe..

maksudnya, ustaz tu cadangkan jalan je 7 pusingan utk saei tu tanpa stop..
tidak berhenti utk minum air atau buat benda lain..(rehat2/ duduk2 dan sebagainya)

tp klu kita haus tidak salah utk minum..

ada skali tu, saya terpaksa berhenti di pusingan ke-2 sebab dah masuk waktu zohor.. maka xde masalah..
dan boleh sambung semula pusingan ke -3 selepas solat zohor tu.. yg penting kita x lupa la bilangan kita..

compare saei dgn tawaf ni banyak.. tp yg sy boleh listkan berdasarkan pengalaman saya

1. tawaf - berjalan ikut pusingan
saei - jalan lurus kecuali masa u-turn kat Safa dan Marwah

2. Tawaf mesti ada wudhu ,
 Saei - xde wudhu pon xpe.. tp better ada wudhu.. hukumnya sunat.

banyak lg beza dia.. tp tu basic la bg saya yg sering org terlupa dan bertanya..

perkara yg sama.. semasa tawaf dan saei ini sgt dituntut berdoa dan ianya adalah mustajab..

so mcm pesan saya.. berdoalah mengikut hati dan perasaan kita.. merintih la.. mohon la segala hajat kita..
jgn tumpu sgt kat buku panduan doa.. takut kita hilang feel dan hilang fokus..

pe pon.. pasni saya akan citer step seterusnya.. dan semoga ilmu yg dikongsi ini memberi manfaat kepada pembaca dan saya sendiri..

#loveMakkahMadinah 


Monday 26 May 2014

Tawaf Semasa Umrah

Assalamualaikum

Haritu saya dah citer pasal niat.. tp sy x citer plak. bg yg wanita ada niat bersyarat. sebab pe kena niat bersyarat? bimbang datang bulan.. yg ini mmg kena blajar bbetul.. kena tanya ustaz.. kena tanya mutawif..
ilmu sy x cukup nak share.. 
cuma nasihat saya.. dalam kita pilih tarikh untuk pi umrah.. perkara pokok paling penting bg wanita adalah kena kira, kena tgk bila dtg bulan.. rugi klu kita kat sana.. xle nak buat pe..

cumanya.. kekadang kita dah plan baik.. tp.. dtg jugak keuzuran tu kat sana.. xle nak buat pe kan.. yg penting terus berdoa dan terus berdoa.. seterusnya tawakkal 
lg satu, ustaz x galakkan makan ubat utk stop atau tangguhkan kedatangan haid tu..
ok.. rasa setakat ni.. tu bab niat 

nampak x anak panah warna hijau tu.. situla start tawaf

Ulang balik Rukun Umrah

1. Niat
2. Tawaf
3. Saei'
4. Bergunting/Bercukur
5. Tertib

Syarat2 Tawaf

1.suci drpd hadas besar/kecik (kena ada wuduk)
2. suci badan/pakaian/ tempat tawaf dari Najis
3. Menutup aurat
4. bermula dari sudut Hajar Aswad dengan Niat
5. Kaabah di sebelah bahu kiri
6. berjalan bertujuan tawaf, bukan tujuan lain
7. Cukup 7 pusingan dengan yakin
8. Dilakukan di dalam Masjidil haram/di luar Hijir Ismail/ x sentuh Kaabah

Kali ni nak citer pengalaman saya semasa mengerjakan Tawaf

rasanya majoriti org kita tau tawaf ni pe.. cumanya kita x penah buat.. tawaf ini x pernah berenti.. hanya ketika solat fardu je org stop..
tawaf hanya brenti time solat fardu
kat mana nak mula?
masa saya pergi dah ada 3 tingkat utk kemudahan bertawaf ni. pe beza dia?

Tingkat 3 - untuk org yg guna whilecair.
Tingkat 2 - ada bumbung.. utk org jalan kaki.. tp jarang sgt dibuka time sy datang tu
Bawah skali tu khas utk yg berjalan kaki 

lampu hijau tu la permulaan tawaf

Tawaf ni nampak mudah.. tp jgn ingat semua perkara mudah.. sebab kita nak keredhaanNya kan..
Nak Tawaf kena ada Wuduk. Tp kalau tersentuh lelaki perempuan x batal wuduk ikut fatwa muzakarah.
Tawaf ni dia bergerak berlawanan arah jam tau.

Kat Mana nak mula?
1. Tawaf ini dikira bermula dari garisan penjuru Hajar Aswad. Di sana nanti di tanda dengan lampu kalimantang berwarna hijau.. 

Pengalaman 1st saya tawaf.. saya tolak abah pki kerusi roda pi tingkat 3.. masa tu pukul 11mlm lepas je sampai dari Madinah.. rehat sat dlm 30 min kat Hotel.. kami siap2 nak pi Tawaf sebab dalam Ihram dan of course pki ihram.. dan kena cepat siapkan utk elakkan kita terlanggar larangan ihram yg 13 tu..

maka, saya pon tolak la.. jarak hotel adalah lebih kurang 450 meter.. x jauh sgt.. x dekat sgt.. sesuai dgn usia sy dan pakej yg sy bayar.. hehe


abis je solat.. terus org sambung buat tawaf

maka saya pon tolak abah dengan penuh kasih sayang.. abah pangku ahmad aqeel dan isteri tersayang tolak ahmad abqari jugak pakai kerusi roda jugak..

jalan menghala ke tingkat 3 tu, saya kira masih dalam proses penambahbaikan.. tp xpe..
bagi yg berjalan kaki saje2.. sihat wal afiat.. mmg x dibenarkan utk naik ke tingkat atas ni..

ini adalah permulaan lampu hijau tadi.. tawaf bermula pada garisan Hajar Aswad
sampai je atas.. disebabkan mutawif x ikut sebab dia kena bawak jemaah kat bawah.. jd kami agak cuak jugak.. sebab x penah buatkan..
Alhamdulillah.. abah dah penah pi haji ngan umrah sebelum ni.. so senang kata dia la guide sy ngan wife dgn ada member group jemaah yg ikut..

tawaf pada waktu malam, lengkungan tu adalah Hijir Ismail.. nanti buat entry Khas
sampai je atas.. peluh ni jgn cakapla.. pastu nampak Kaabah buat 1st time,.. maka berjurai2 la air mata ni.. seronok sgt.. aku x peduli.. aku nangis jugak..

abah pon kata start kat yg ada colour hijau tu.. kami pon bergerak bersama-sama dikeheningan malam tu..

sebelum bergerak kami niat tawaf umrah dulu.. cane niat dia?

Ya Allah, aku hendak tawaf Baitullahil-Haram tujuh kali tawaf umrah maka permudahkanlah dan terimalah ia daripadaku kerana Allah ta'ala..

bukan musim Haji pon ramai.. kalau fokus mmg x rasa ramai

untuk melengkapkan satu pusingan tu, kita akan jumpa beberapa lampu kalimantang, tp jumlahnya saya x kira.. rasanya lebih 20 kot.. (maafkan saya kalau silap)..

tp.. lepas je kami bergerak.. lepas 3 4 tiang.. saya lihat.. lampu kalimantang td dah hijau balik.. 
saya pon bercakap ngan wife sy.. nape ada 2 lampu hijau ni?

kemudian saya istifar bebanyak.. saya tanya wife.. dia pon kata ada 2.. lepas istifar.. saya tgk mmg ada satu je sebenarnya..
dan kami sebenarnya dah abis satu pusingan dalam masa yg sgt singkat utk pusingan pertama.. saya rasa x sampai 2 min.. normal paling cepat boleh abis 1 pusingan mungkin lebih 5 min jika kita tolak kerusi roda..

besarnya Kuasa Allah di sana.. mungkin dia nak bantu saya sebab saya tolak abah dan Adik.. Hanya Allah yg tahu.. sejujurnya.. sehingga hari ini.. saya x kan lupa perkara ini.. dan saya hanya mampu bersyukur dan terus bersyukur.. dalam hidup ni kena fikir positif je.. 
  

tawaf di waktu dhuha

Sepanjang 7 pusingan tu.. sgtlah mustajab berdoa..
adakah doa2 khusus?
klu ikut buku tu.. dia dah sediakan doa bg setiap pusingan.. saya tolak abah.. mmg xle bukak buku.. takut nanti terlanggar jemaah lain.. tp ada jemaah yg ikut kami, baca doa bersama-sama dan kami amin sama2..

tp sebenarnya.. ustaz kata buku tu sebagai panduan je.. sebab pe.,.. ada ye jemaah yang buat tawaf x baca apa2.. rugi woo.. sebab tu dia bekalkan dgn doa..
lg satu.. bila dia buat doa yg berbeza2 setiap pusiangan, maka jemaah boleh elakkan dari lupa..

semasa tawaf, ada jugak jemaah yg terganggu bila baca buku,(susah nak fokus), ada jugak yg hilang fokus sebab buku panduan hilang.. buku tu hanya panduan je.. pembaca budiman

sebenarnya yg paling afdal adalah doa yg ikhlas, tulus dari hati tau. .


jgn risau jika tawaf bawak si kecil.. ok je
perkara biasa terjadi semasa tawaf adalah sifat lupa.. lupa 7 pusingan.. lupa terkurang ke terlebih ke..
terlebih xpe.. jgn terkurang.. sy guna benda mcm jam ni je.. kat sana 2 riyal je kot.. sini RM4.90 mak kata.. kah kah.. tp yg up skit.. ada lampu.. 5 riyal.. yg terror pki tasbih..

alat bantuan tawaf.. boleh guna utk zikir jugak
klu ikut ustaz.. nak bg jgn lupa dia suh ikut doa dalam buku tu..
saya nampak klu jemaah Malaysia banyak praktik benda ni..
bagus.. tp saya rasa elok kita baca doa kita dengan tulus ikhlas.. ulang skali lg.. biar ingat
kadang-kadang semasa kita tawaf ada jemaah lain baca doa kuat..
time tu kekadang kita boleh dpt idea utk doa.. maybe doa yg blum kita baca..  

tawaf pada waktu area kul 8-9

kat sana di galakkan tawaf sunat.. satu hari tu.. sy jumpa ada pak cik dr Malaysia mcm ada masalah.. masalah biasa.. so sy tegur.. jd kawan.. pastu solat sama.. usai solat dia kata nak buat tawaf.. dia buat umrah badal utk mak dia.. pastu sy pon kata.. jom la pak cik.. saya teman..

maka saya pon jalan sama-sama dia..
dia punya skill tawaf.. dia ada 7 keping kertas zikir yg di ketip..
maksudnya.. lepas 1 satu pusingan 1 zikir.. lepas 1.. i zikir..
SUBHANALLAH.. pertemuan dgn pak cik tu telah beri saya idea cane x nak lupa bilangan tawaf dan fokus berdoa dengan tulus ikhlas semasa tawaf

so tips saya..
pusingan 1- Al-Fatihah (doa paling baik)
pusiangan 2-5 - 4 qul
Pusiangan 6 & 7 - Doa yg saya hendak baca..

dan saya mmg x lupa.. bila praktik cani..bukan nak riak.. just idea.. 
memandang Kaabah pon dapat pahala tau
ada org tanya.. bila masa paling sesuai tawaf?
time panas ke?
time malam ke?

masa kat sana.. elok buat tawaf sunat..
kita jgn fikir sgt panas tu.. panas dunia je.. klu kita niat baik.. InsyaAllah Tuhan tolong..
saya x pasti teknologi apa diorg pakai.. tp mmg lantai dia x panas masa matahari terik.. suhu sekitar 40c..
dalam hati saya masa kat sana.. inilah teknologi Allah SWT.. lebih dari manusia..

senang kata, kalau kita ada masa.. jejak je kaki kat sana.. terus la buat tawaf sunat.. cumanya bagi wanita.. elakkan tawaf pada waktu nak masuk waktu solat.. kelam kabut tu nanti nak carik saf..

sebab penjaga di mekah mmg x bg wanita masuk saf lelaki berhampiran Kaabah.. takut nanti hilang fokus.. katalah nak masuk waktu x sempat abiskan.. 7 pusingan, kita boleh sambung kemudian..

satu lg.. tip dari mutawif.. kalau bahu kita berubah.. maybe sebab org tertolak.. dan sebagainya.. undur la 2 ..3 langkah ke belakang sebelum kita sambung semula..
Tulisan pada Kiswah Kaabah..
ada org kata buat dekat dgn kaabah.. so pusingan dia jd kecil..
klu ikut logik mmg cantu.. tp ikut pengalaman sy.. sama je.. kalau ikut atas ke.. buat tawaf dalam bulatan besar ke.. yg penting niat.. dan fokus kita.. lg kita fokus.. lg nikmat kita rasa


solat sunat tawaf di belakang Makan Ibrahim

selepas selesai 7 pusingan.. kita digalakkan solat sunat tawaf.. lokasinya adalah dibelakang Makam Ibrahim.. x semestinya betul2 belakang tu.. sebab situ ramai org tawaf kan.. belakang skit pon xpe..
Boleh juga sembahyang sunat Tawaf di Hijir Ismail (rujukan buku andalusia)

lepas solat sunat.. pergila minut Air Zam-zam.. mmg rasa marvelous.. kalah rasa cendol.. kalah coke..kalah A&W.. air zam zam mmg paling superb la..

Kesimpulan yg saya bole buat.. klu kita fokus berdoa semasa tawaf td..fikir positif, jgn fikir negetif.. Ibadah yg kita buat lebih best.. feel dia lg layan la.. Tenang, fokus, bantu membantula dalam melaksanakan ibadah tawaf ni ye..


#lovemakkahmadinah


Wednesday 21 May 2014

Niat Umrah di Miqat

Assalamualaikum


Saya bukan ustaz.. bukan juga ustazah.. kah kah.
tp saya rasa perlu share gak pengalaman saya.. untuk rujukan.. maybe kepada pembaca yg sudi atau anak cucu saya dan saya sendiri masa akan dtg..

Umrah ni bukan mudah.. setiap org ada dugaan dia.. tp kita kena prepare la.. maksudnya sebelum pi.. kena study banyak.. saya dulu sebelum pi rajin gak baca blog free.. kah kah.. serius.. mmg sgt2 membantu


Sekitar Masjid Dzulhulaifah (Bir'Ali)

Basic umrah yg penting kita tahu mana yg Rukun, Mana yg wajib, Mana yg sunat..

Rukun ada 5

1. Niat
2.Tawaf
3. Sae'i
4.Bergunting/Bercukur (Tahalul)
5. Tertib. (Kena ikut step by step)

Wajib
1. Niat Ihram di miqat
2.meninggalkan 13 perkara larangan Ihram


Sekitar Masjid Bir'Ali

So entry kali ini nak citer pasal niat.. cerita ini bersumberkan dari ceramah Ustaz Daud, Mutawif saya, buku2 rujukan Andalusia dan pengalaman sy sendiri..

Sekitar Masjid Bir' Ali 
ok.. niat yg hendak kita lafazkan mestila di miqat.. miqat ni ape plak?

Ringkasan :
Miqat : sempadan tempat dan masa untuk mengenakan niat
Ihram : memasukkan niat untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah
Miqat Makani : sempadan terakhir utk berniat

miqat ni adalah sempadan Tanah Halal dan Tanah Haram yang telah ditentukan oleh Rasullullah SAW.. diriwayatkan oleh Ibn Abbas..

bukan semua org berniat di tempat yg sama.. itu kena jelas..
ada yg dtg dari Iraq, ada yg dr madinah, ada yg dari seluruh dunia.. semua berbeza miqat dia..

bila dah lulus je dokumen umrah oleh agensi kita tu, kita kena tau kita turun Mekah dulu ke Madinah dulu..

Kalau turun Mekah.. boleh pki ihram ngan solat ihram dari rumah.. (rujukan buku andalusia) tp niat ihram tu bukan kat umah tau.. kat qarnul-Manazil - 1 jam sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah..

saya punya pakej turun Madinah dulu..

tp ada jemaah lain dalam flight yg guna agensi lain turun Mekah dan dah siap pki Ihram.. pki Ihram di Airport payah jugak.. pendapat sy la.. better siap di rumah.. Ingat tau pki je.. niat bkn kat rumah
  

Masa ni sibuk kelola anak-anak.. org lain tolong jaga abah kejap.. murah rezeki kawan saya ni

semasa dalam kapal terbang tu, Juruterbang kot rasanya.. akan buat pengumuman beberapa kali jarak kapal terbang ke miqat tu.. so klu tido pesan la kat kawan sebelah.. takut2 kita terlepas berniat.. pengumuman beberapa kali.. Sekali lg nak ingatkan.. ini utk jemaah yg turun kat Mekah je..

Kalau mcm sy turun Madinah.. bule la tido sepanjang perjalanan.. cumanya bgn la utk solat subuh..
saya ni jahil.. x tau masuk waktu subuh kul bape.. pertukaran waktu segala bagai dlm kapal terbang tu kan.. waktu mana nak ikut pon x tau.. kapal terbang tu kat mane pon x tau.. masa time tu.. kah kah..

so masa kul 4 lbh tu.. sy pon smyg subuh dgn yakinnya.. skali.. dah pukul 5 lbh kot.. ada azan dlm kapal terbang tu.. x sure sape yg azan.. Pilot ke, pramugara ke.. mutawif ke.. tp rasa best je.. pengalaman baru.. maka saya pon solat semula.. Alhamdulillah.. tu flight Air Asia.. Flight lain sy x sure.. maybe sama kot..

Masjid Tana'im - juga dikenali sebagai Masjid Aisyah kerana Nabi SAW menyuruh Aisyah bermiqat disini untuk menunaikan umrah

Lafaz niat cane?

Aku berniat mengerjakan umrah dan berihram denganNya kerana Allah Ta'ala..

Ingat tau, niat ni wajib.. klu x niat.. maka x sah la umrah kita..

lg satu... sebelum lupa.. kalau kita bawak anak kecil mcm sy.. kita akan niatkan utk mereka.. wakilkan.. (ni mutawif ajar) x sure tanya diorg tau..
ada pendapat kata x perlu niat.. sebab diorg belum baligh dan belum mumayiz..
 tp sy mmg niat utk mereka

Bila dah niat tu, maka bermula la kita untuk menjaga pantang larang Ihram yang 13 tu..
nanti sy akan share pengalaman menjaga pantang larang ni dlm entry lain kot..

Dalam Masjid Tana'im

saya nak cerita perjalanan saya dari madinah ke mekah yg saya rasa mengambil masa 8-10 jam.. jalan lurus je.. tp bila dah 8 jam, puas jugak bgn tido, bgn tido.. nampak bukit yg jauh berbeza dgn negara kita..
sy ni x penah keluar negara.. kagum gak tgk.. kadang2 nampak unta.. xde jem.. kadang2 nampak kambing.. yg ni x heran sgt.. pasal kat Malaysia ada.. kah kah..
Jarak nye mungkin mcm dr KL pi Kelantan kot.. cuma bezanya x kena byr tol la... kah kah..

Bumbung Masjid Tana'im (Masjid Aisyah)

Dari Madinah.. Miqat kita adalah di Masjid Dzulhulaifah atau di kenali di 'Bir Ali'.. sini adalah tempat miqat Nabi SAW semasa menunaikan Haji.. Jarak dia 10km dari Madinah ke Mekah

Diceritakan oleh Mutawif, nama Bir Ali tu adalah sempena nama seorg yg telah membuat wakaf dan penambahbaikan ke atas masjid itu, setelah dia nak miqat kat situ.. kekurangan air.. so dia bg dana skit utk buat penambahbaikan.. begitula kisahnya serba ringkas..



Adik rileks sementara saya solat Tahyatul Masjid dan solat sunat ihram.. senang jaga


Tadi tu miqat 1st.. Umrah wajib..



Jadual perjalanan di Mekah.. Gambar Masjid Ja'ranah x sempat ambil.. xpe.

2 hari lepas tu.. pakej kami buat lawatan ke sekitar Mekah.. 

dan kami singgah di Ja'aranah untuk miqat umrah sunat..

perlu ke umrah sunat ni?
perlu ye.. utk tampung mana yg kurang masa buat wajib.. tp maksud sy tampung tu adalah antara kita dgn Tuhan..  kita bukan lah manusia yg perfect.. jd buatla.. dan kita usaha..
selebihnya kita tawakal kepada Allah SWT.. tp sy x buat utk anak untuk sunat..

Masjid Tana'im dari dalam bas

Keesokkan harinya, umrah sunat kedua.. kami bermiqat di Masjid Tana'im atau juga dikenal sebagai Masjid Aisyah RA. yg ni jaraknye hampr 7 km je..x jauh sgtla..

ada org kata buat 7 kali umrah boleh dpt pahal haji.. sekitar hotel saya telah di tampal dengan sain dari Dato Ustaz Daud Che Ngah.. yg mengatakan xde Nas dan dalil pasal perkara ini... so saya rasa semua org kena tau pasal hal ini la.. kan..

berbalik pasal bila kita dah niat td.. pe je kita boleh buat? kita buatla solat sunat Tahyatul Masjid dan solat sunat Ihram.. bila kita niat td.. niat la dengan besungguh2.. berserahlah.. doala semoga semuanya dipermudahkan.. Amin.. Setakat ni dulu perkongsian sy berkaitan niat..(rukun umrah yg 1st)


#love MakkahMadinah