Thursday 10 August 2017

TIPS WANITA BEKERJAYA YANG INGIN MENJADI SURIRUMAH TANGGA SEPENUH MASA

Assalamualaikum.

Kali nak bg tips persediaan seorang isteri yang akan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Tulisan ini hanya berdasarkan pengalaman seorang suami..
.
Setelah bekerja dari 2006 sehingga 16/6/2017 (hari terakhir kerja), lebih 10 tahun. akhirnya isteri ambil tanggungjawab untuk meletak jawatan dan uruskan rumah tangga. Faktor utama adalah sebab kami ada anak istimewa Ahmad Aqeel (OKU penglihatan (buta+autisme) yang kini berusia 5 tahun. Anak kami semua kini 3 orang. Ahmad Abqari , 8 tahun dan Aisyah Azzahra, 1 tahun 7 bulan.
.
Sebenarnya isteri dah berkira-kira untuk meletak jawatan sebaik sahaja kelahiran anak ini. Namun, atas faktor ekonomi keluarga yg tak stabil, kami padamkan dulu niat tu.. tp cita-cita x pernah hilang begitu saje.
.
Kerjaya isteri bukan biasa-biasa, dia ada master, gaji dah sedap lebih 5K, bonus tahunan hampir 20K. Jadi utk lepas jawatan begitu sahaja bukan mudah. Tentangan dari rakan sekerja & ibu bapa mencabar juga.
.
Sebagai suami, syarat sy mudah je, habiskan hutang belajar (PTPTN) & hutang kereta. Alhamdulillah. kesan jimat cermat, isteri dapat bayar lebih awal dari jadual.
.
Tapi, akhirnya kami bulat tekad, Isteri hantar notis sebelum raya 2017. 3 bulan notis, lebih kurang 2 bulan notis pon settle. Isteri kini bebas dr hutang dan kerjaya. Kawan-kawan jangka isteri dapat better offer.. xde.. mmg xde.
.
Pe persediaan kami, walau pun isteri berhenti mengejut, kami dah training lama. bertahun-tahun sebenarnya.
.
1. Saya dah mula melatih diri bayar semua hutang & perbelanjaan keluarga seorang diri setahun lamanya.

Perlahan-lahan kami buat.. Cukup ke? mmg x cukup.. biasa minggu kedua, isteri dah bantu.. sebab pe? duit belanja nak makan sendiri pon dah xde.. haha.
.
masuk bulan ketiga, keempat saya dah boleh adjust sikit-sikit. cane? kita kongsi lagi kat bawah

2. Bawak bekal ke Pejabat

Tradisi bawak bekal ni dah mula dari saya duduk asrama tingkatan 1 lagi.. pastu saya keje sebelum kahwin. mak saya masak. saya bawak bekal. Jadi bila saya kahwin, isteri pon boleh masak. X payah masak susah-susah. cukup untuk alas perut. Mee Goreng, Nasik Goreng,.. jangan la bawak bekal ikan 3 rasa, tomyam Thailand.. tu demand.. x betul tu.. kesian isteri. ni bila makan malam sesekali boleh la mintak,

3. Tak Merokok

Setuju ke x? rokok ni mmg mahal.. saya x hisap jadi x tau harga. jadi penjimatan mmg sebahagiannya di sini. Susah nak berhenti? sahabat semua pandanglah wajah isteri & anak-anak.. nak sedap rokok utk sendiri ke nak bagi anak bini makan sedap.

4. Guna NGV 

Natural Gas Vehicle (NGV). Ramai orang kata, stesen x bnyk. enjin cepat panas lepas tu Kong. Saya Tawakkal kepada Allah. yakin utk guna ni utk bantu kehidupan anak isteri. Bila bayar kena cash, jadi jangan lupa sedekah sikit untuk pekerja yang pasang/mudahkan/uruskan gas kita. Yakin, sedekah tu yang bantu enjin kita tahan.

Harga minyak turun naik, susah untuk kawal perbelanjaan.

5. Potong Sukan ASTRO 

Saya peminat Liverpool.. Tu je hiburan yg ada.. umur 34 ni dah x berapa tgk TV.  Bila ada ASTRO dan slot sukan, saya kena bayar RM95.00 lebih kurang. Tp bila buang sukan saya kena bayar RM50++ lebih kurang.  Saya mengalah sekarang, x tau la akan dtg cane.. Buat masa sekarang layan liverpool di FB live je.

nape x buang terus? sebab Astro Oasis (106) kami pasang setiap sebelum solat supaya anak dapat hafal semua zikir-zikir kat situ.

Nape x pasang je line intenet? sebab x mau anak terlalu ketagih gadjet. Kalau anak nak main intenet. saya bg intenet saya, Tathering je.. boleh kawal. ye, saya guna U mobile - RM74. Unlimited.. semua org boleh pakai.

6. Nasihat Ibu Bapa

Memang pada awalnya kami dapat tentangan dr ibu bapa, memandang kos hidup zaman sekarang mmg mencabar.. Tapi lepas kami jelas kan dengan justifikasi yg kukuh.. mereka ok..

Pesan Ayah Mertua.. Abah Ok je.. Semua orang makan nasi sepinggan je.. ape nak risau. Bezanya cane kita makan, pe yang kita makan.

7. Tak Makan Luar

Bila makan luar, air kita kene beli jugak. Duduk 5 org, 5 air kita kene beli.. dah RM 10. Jadi jika kami teringin makan luar atau kami kene kerja luar daerah, kami akan beli tapau.. beli nasik lebih. Air minum air masak. Kalau teringin beli la satu botol besar air yg kaler-kaler tu.. bawah rm4, semua boleh minum.

bagi anak makan kenyang dulu, lepas tu baru bawak jalan-jalan. Anak kenyang, mereka pon x merengek nak mintak makan luar.

8. Kurang Makan Fast Food

Zaman sekarang sape x suka makan KFC, Mcd, Burger King, Pizza dan sewaktu dengannya. Kami pon suka. Tapi kami dah pesan pada isteri & anak-anak. sesekali boleh. 2,3 bulan sekali ke. Saya? lalu je.. buang perasaan sedap.. buang perasaan teringin.. kalau teringin sangat.. masak la ala-ala tu.

9. Buat Checklist Bayar Hutang

ni sebenarnya tips no 1.

kene kontra gaji = hutang+perbelanjaan. supaya kita tau kedudukan dan kekuatan kewangan kita. bila dah tolak tambah, kita akan tau lebihan, dan di mana lebihan akan digunakan. simpan sikit juga utk kos perubatan.

10. Pendidikan tetap diutamakan

Dari segi makanan memang kami x semewah dulu. tapi dari segi pelajaran, kami x kompromi. Kami kerja keras supaya anak dapat pendidikan yang sempurna. sama seperti ibu bapa kami buat dulu pada kami. Memang mahal kos pendidikan. Tapi tu bukan alasan. moga anak-anak kami pandai dunia & akhiratnya. Aamin.

11. Kesimpulan

Ini adalah sebahagian tips yg saya buat. Nampak kedekut sangat. tapi pelan-pelan kayuh, insyaAllah Tuhan akan mudahkan. Ukur baju badan sendiri. Berbelanja berpada-pada,
.
Sebagai suami, kita x mau anak isteri kita hidup susah, makan susah, rasa susah. Tapi semua orang doa, insyaAllah ada rezeki. (ini saya akan kongsikan cane rezeki yang tidak kami sangka tu pada next chapter)
.
Isteri awal-awal lagi bersedia. Sekarang emosi dia stabil, dulu kurang stabil kadang-kadang sebab stress kerja. emosi anak-anak stabil, saya pon boleh kerja dengan tenang. Dulu kelam kabut berkejar nak hantar, ambil anak taska, sekarang x lagi.
.
Dulu anak kurus, sekarang dah berisi sikit.
.
Pesan isteri saya. Kini dia x mengejar dunia. Dia kejar Akhirat. Bakti dia kepada suami & anak-anak hanya Allah yang mampu balas. Terima kasih wahai kekasih hati dunia akhirat.




Wednesday 15 February 2017

TIPS RESUME YANG BAIK

Assalamualakum

dah bape kali sebelum ni aku sembang pasal inteview je.. aku kira ada baik jugak aku cerita pasal resume.
.
2017 ni bagi aku tahun yang seram & suram. Kenapa? keluarga terdekat je 2 orang kena buang.. VSS.. anak bini kena tanggung..
.
jadi kalau dapt inteview buatlah betul-betul.. kecewa sebenarnya bila ko dapt peluang yang orang lain x dapat.. tapi ko x guna betul2.. jd posting ni jugak salah satu persediaaan sebelum pi inteview.. kali ni xde gambar.. ni ikhlas dari hati dan pemerhatian saya je..

1. GAMBAR
Gambar memang main peranan. Biar korang x cun, x kacak. tapi adjust2 la gambar tu muka paling humble dan beriman. Jangan la letak gamabr yang bongkak, takbur, sombong, rambut panjang, misai & jangkut x trim elok, tudung senget-senget, tudung kemek dan penuh dengan sifat mazmumah yg lain.
lepastu, gambar mestilah gambar yang mcm korang buat IC tu. berlatar belakang biru. ni pada aku WAJIB.
jangan bagi gambar selfie, gambar yg ko tangkap ngan pakwe makwe ko, gambar yg crop yg celah mane tu, gambar yg ntah pape. 
Pi kedai kuar modal sikit, tangkap elok-elok. pastu ko pau la soft copy.. boleh je print kat resume. benda-benda cani bukan masa nak jimat. nak dapat sesuatu kena berkorban sikit adik kakak ye.

2. KANDUNGAN 
benda yang wajib ada dlm resume: 
Pengenalan diri, kelayakan akademik, pengalaman kerja, kepakaran atau skill khusus, kekuatan atau kelebihan, rujukan. Design gempak macam mana pun kalau benda-benda ni takde. Kira gagal la resume tu. 

3. PANJANG RESUME

Aku kira 3 muka surat tu dah terbaik. lebih tu kira mengarut. kecuali pencapaian kita memang power. mmg patut letak. kalau setakat tuakr sekolah 10 kali. pandai-pandai la adjust. mane yg x penting buat semak tu.. xperlu. cuba letakkan diri korang pada tempat penemuduga tu..

kata org jawa.. short n simple.. but not too simple bro..

4. PENGENALAN DIRI 


ini penting..buat ayat sikit pasal diri..fokus pada latar belakang pendidikan, pencapaian dan skill. Sebab kalau pengenalan diri kau power panel akan lebih berminat nak baca yang selanjutnya..


5. TERSUSUN & PADAT 


info penting kat depan..yang selebihnya kat belakang. Guna ayat yang semudah dan seringkas mungkin..ad jugak aku terbaca tips suruh guna ayat yang kababoomm..aku tak berapa setuju sebab itu menyusahkan panel..satu kerja pulak nak bukak kamus..bukan satu resume dia nak baca..


6. DESIGN -

 yang paling penting jangan sampai design tu menenggelamkan maklumat-maklumat penting.. ko jangan malu mintak templete kat kawan-kawan yg dah berjaya.


7. BEBAS TYPO 

Bos-bos kerajaan yg biasa jd panel ni mmg dah dididik dengan beribu surat.. surat tu mmg kena mantap hatta typo pon boleh sebab fail yg diangkat ke bos lg atas kene baling. senang ckp typo ni mmg dosa besar.. korang checkla balik bila dah siap resume tu beb.. jgn malas beb.. malas tu perangai hantu kot.. kah kah.

Typo ni benda biasa buat insan yg lemah macam kita.. Tp aku x peduli.. mesti zero typo.. MESTI

8. BAHASA

Aku tgk kalau Kerajaan mmg nak resume melayu.. ko rasa kelakar? ko buat je la.. nak keje.. foolow je step tu.

tp kalau swasta ko jgn buat versi melayu.. tu kelakar.. ko buat English beb.. ko x reti? adoi.. banyak-banyak alasan ni buat ko menuju ke lembah hina beb.. ko buat la yg terbaik.

9. RUJUKAN

Biasa org letak nama lecturer diorg.. tp kalau korang nak letak aku x halang.. tp make sure la.. rujukan korang tu buat pe.. kalau ada soalan pasal rujukan ni.. x tau jugak.. tamat riwayat jugak.

10. KESIMPULAN

Resume yg power bukan jaminan ko dpt keje.. tp dia buat daya penarik org nak amik ko keje.. ko cincai.. org pon cincai ngan ko.. harap membantu ye adik kakak.

maaf kali ni xde gambar.. handphone sekarang dah hanndphone biasa sgt.. ekonomi meleset.. babai.. i love u yg baca ni..