Friday 27 June 2014

Tertib semasa Umrah

Assalamualikum


Kali nak cerita last bab rukun umrah iaitu tertib

berkumpul 1st time sebelum tawaf 

kita ulangkaji balik rukun umrah

1. niat
2. tawaf
3.saei
4.bergunting/bercukur
5. tertib

selesai saei..
apa maksud tertib.. tertib ni mengikut urutan.. maksudnya setiap rukun yg kita buat mestilah mengikut urutan.
x boleh la.. saei dulu.. tawaf dulu.. kena ikut urutan

di hadapan masjidilharam
korang rasa ada ke org x buat ikut tertib..

mungkin adakan..
tawaf x cukup tujuh pusingan..
mungkin saei x lengkap 7 pusingan
mungkin lepas saei x bergunting (himpun semua 2 kali umrah.. skali pastu baru bergunting)

kadang2 perkara ini berlaku kepada jemaah.. ujian dari Tuhan..
so sebagai persediaan eloklah kita bersedia dan menghafal ilmu yg guru kita ajar..
kalau kita x sure.. terus tanya mutawif.. diorg mesti bantu

selesai tawaf.. hampir dekat zohor

buatlah setiap perkara itu mengikut step kan..

dalam masjidil haram.. dengan mak dan wife

kalau kita x sure.. cepat2 tanya mutawif..
yg saya boleh simpulkan.. setiap ibadah itu.. Tuhan akan nilai.. kita usaha dan iktihar je kan..


hampir dgn magrib.. syok

ape pon.. bukan setakat saei je ada tertib ni..
semua ibadah kita ada tertib.. baru nampak kemas dan cantik.

seronok sembahyang depan kaabah

Kesimpulan.. sebelum kita mengerjakan umrah atau haji atau sahaja ibadah.. kita perlu berguru dan mendapatkan ilmu yg mantap.. setiap org ada ujian tersendiri.. tiada pengalaman pahit di tanah suci.. percayalah.. hanya ada kenakan yg manis.. perasaan rindu nak ke sana membuak2..

sekian.

#lovemakkahmadinah


Thursday 12 June 2014

Bergunting/bercukur untuk Tahallul semasa Umrah

Assalamualaikum

Kali nak citer rukun umrah ke-4

macam biasa bukan nak ajar.. nak share je..


Ulang balik 5 rukun umrah

1. Niat di Miqat
2. Tawaf
3. Saei
4. Bergunting/Bercukur - Tahallul
5. Tertib



Bergunting mudah ke?
dia jadi payah kalau kita terlupa bawak gunting..
boleh ke gunting kat hotel? boleh.. tp risiko la.. sebab selagi kita x bergunting so kita masih dalam ihram.. masih dalam pantang larang ihram..
so better bawak gunting.. selesai je saei.. terus potong.. mesti lega


nak gunting katne yg elok?
se elok-eloknya rambut yg sebelah kanan hadapan kepala. (rujukan buku andalusia)

paling afdal, umrah wajib tu kita cukur abis.. gondol org jawa kata.. kah kah..
nak gondol biasa org buat kat kedai.. byr 10 riyal.. cukur misai janggut dan segala bulu 30 riyal..

gondol x buat kat kawasan saei tu .. biasa bergunting skit2 dekat area Marwah..
ada tong sampah di letakkan kat situ.. kita gunting.. then buang dalam tong sampah tu..
Kalau korang x bawak gunting.. jgn risau, saya pon x bawak.. kah kah..
tp wife saya bawak.. so lega..
biasa ramai org akan bergunting area tu.. so kita boleh pinjam sat.. kalau nak suruh org tu potongkan pon bule.. xde masalah.. 

yg ni penting,

kalau umrah wajib kita dah gondol.. umrah sunat yang lain kita xle bergunting sebab dah licin kan.. so kita kena lalu kan pisau pencukur.. kena ingat ni..

satu lagi..
untuk sekali umrah sekali bergunting..
xle 2 ke 3 kali umrah.. cover campur semua skali dgn hanya skali gunting.. x betul tu.. x ikut tertib  
ni betul2 lepas bercukur.. berkilat
pernah saya terserempak.. kanak-kanak tunggu di area berdekatan.. dia tolong potong helaian rambut kita.. dan mintak upah.. pada saya bagusla budak tu buat cantu..
org boleh sedekah..budak tu pon x menganggur..
tapi berapa dia mintak saya x sure..

Setiap tempat yang saya pergi mesti ada perkara yg maniskan..

sama-sama dah cukur
saya nak share kisah kami.. selesai saei, bule kata kami agak trasa jugak mengahnya kan.. kah kah..
mengah tau x? x tau xpe.. haha..

kiranya lebih kurang utk saei kita akan berjalan sejauh lebih kurang 3km..
tp nasib baik ada air cond (bukan air corn- eja masa fizik form 5 dulu.. kah kah)

adalah digalakkan kita fit sebelum menunaikan haji atau umrah ni.. pesanan untuk diri sendiri jugak.
maklumla x fit.. kah kah..
so.. wife pon rasa benda yg sama..

gambar hiasan bukan di lokasi sebenar.. hehe.. ni kat jabal rahmah

sedang kami bergunting tu.. tetiba datang seorang jemaah.. juga dari Malaysia.. dia wanita.. umur lingkungan 30-an ke 40-an.. saya panggil dalam hati saya.. dia wanita besi.. sebab ape?
sebab dia bawak 4 org anak sekaligus.. semua anak dia kecil2.. saya agak umur diorang, mungkin 10 tahun, 5 tahun dan 3 tahun dan 2 tahun..

soalan pertama saya.. suami puan mana? dia kata suami x sihat.. x larat.. ok.
dia kena buat cepat sebab dia dalam ihram..

pastu dia mintak tolong bukakkan gunting dia dari plastik.. pasal baru lg..
bila dah kuarkan gunting tu.. macam x boleh pakai..
so kami tolongla potongkan rambut dia dan anak2 dia pakai gunting kami..
yg perempuan.. wife saya potongkan..

tau x apa kami rasa time tu.. moral of the story..
kami rasa agak mengah.. sedikit letih.. tp sebenarnya.. seorg wanita bawak 4 anak..
dengan dia tolak wilchair
ditambah ada anak yang diletakkan di belakangnya badan dia..
dengan sorang lg mcm dalam perut kanggaroo..(masih terbayang situasi time tu)..

mmg benar-benar bg kami semangat dan buat kami kuat..
xde rasa letih2 dah pastu (x mau guna ayat ni td..) hehe.. 

serius.. kami bawak 2 anak.. puan tu bawak 4 anak..
MasyaAllah.. besarnya kuasa Allah tunjuk kat kami..
tiada apa yang mustahil kalau kita dah niat dan kita buat bersungguh-sungguh..
sejak haritu smgt kami terus meningkat dan seronok sgt utk beribadah..

Selesai je bergunting..
puan tu berlalu dan saya dan wife terus kagum sehingga dia hilang dari pandangan mata..

ok.. sekian.. untuk bab bergunting..

#loveMakkahMadinah






Tuesday 10 June 2014

Saei semasa Umrah

Assalamualaikum

Kali ni nak citer pasal Saei.. ada org eja Saei' ada jugak eja Sa'i.. pe pon.. ni merupakan salah satu rukun umrah.. kita ulang blk ye rukun umrah.. sebelum ni dah citer pasal niat dan jugak tawaf..

rukun umrah

1. Niat di Miqat
2. Tawaf
3. Saei
4. bergunting/bercukur
5.tertib

so saya nak citer yg Rukun yang ke-3 tu..
saya bukan nak ajar..
semua nak share pengalaman je tau

nak saei pon kena niat tau..

lepas je tawaf.. minum air zam zam spi puas.. pastu kita niat saei.. lafaz dia cane?

Ya Allah, aku hendak bersaei di antara Safa dan Marwah  tujuh kali Saei Umrah kerana Allah Ta'ala

Syarat2 Saei

1. Hendaklah dilakukan selepas tawaf (mengikut tertib)

2. Hendaklah bermula  dari Safa dan habis di Marwah untuk satu pusingan.
dan pusingan berikutnya dari Marwah ke Safa

3. Tujuh kali dengan sempurna

4. Saei kerana ibadat bukan kerana yang lain

5. Saei hendaklah di batnul-wadi (tempat yang termaklum) yang dipanggil Mas'a

6. Hendaklah sampai ke bukit safa dan Marwah.
(rujukan buku andalusia)


ok.. pengalaman bersaei ni pon masih tersemat dalam hati ini.. macam biasa saya berada di tingkat atas.. tingkat 2 sebab guna willchair.. tp xpe..
saya x berkesempatan buat di bawah.. tp saya adalah jenguk2 bawah tu.. abah cerita.. dulu org panjat tinggalan bukit di Marwah. saya dapat tgk.. dari atas.. dan skali dari bawah masa lalu di kawasan tu
tp skang bukit tu telah di pagar.. ok.. gambar tu xde.. citer je ada. hehe 


nampak x ada yg berwarna hijau tu.. di situ disunatkan berlari anak..
dan di katakan tempat ini sangat mustajab untuk berdoa..

tempat saei ini panjangnya hampir 420meter (menurut google) kah kah.. tp dia lurus..
dan ia menjadi favourite kepada Ahmad Abqari di sini..
setiap kali disini mesti dia ajak berlumba..
sebab pe?

sebab td kan sunat berlari anak..
mmg majoriti org berlari anak disini..di tiang hijau tu..

tp dia akan buat mcm org nak lari 100m.. punya laju..mcm bersungguh-sungguh utk lumba
 kah kah.. ok tu xpe.. sebab dia blajar..

kisahnya.. x silap saya saei saya yg ketiga.. (umrah sunat) Ahmad Abqari lari dengan laju sampai hilang dari pandangan mata..
senang kata lari samapai hujung..
jaraknye start 300meter lebih kurang..
seronok sgt mungkin

aku rasa time tu rileks je.. pasal dia lelaki.. tapi wife saya.. risau rupanya..
nampak mcm menangis.. hehe

wife pon lari anak utk cari dia.. kami nampak dia.. bila sampai Marwah tu.. ada mcm lengkung mcm u-turn utk buat u-turn la.. Ahmad Abqari melilau la carik kami.. lama jugak.. kami perati je..
serius mmg dia x nampak kami ketika tu 

lepas tu kami dptkan dia.. dan wife pon nasihat.. supaya dgr kata kami.. maka mereka pon berpelukan.. si anak mintak maaf kat ibu dia.. oo.. sweet..

tp moral dia.. kena pesan kat anak2.. jgn bergerak sendiri tinggalkan org yg jaga dia..
 takut hilang terus.. cuak jugakkan.. hehe.. xpe.. lesson learn.. niat beribadahkan.

perkara-perkara sunat yg boleh dilakukan semasa saei.

1. keluar ke tempat saei dgn melalui Safa

2. Menaiki bukit Safa dan Marwah sehingga sampai batu2 bukit dan melambai kaabah

3. menghadap ke arah kiblat dan melambai kedua tangan sera bertakbir .. Allahu Akbar..
setiap kali berada di bukit Safa dan Marwah

4.berlari-lari anak bagi lelaki, tidak bg wanita.. sampai tiang hijau baca doa tau.

5. Menutup Aurat

6. Tujuh kali berturut.

7. berwudhu'

8. berjalan.. kecuali uzur bolehlah guna kenderaan

9. berdoa dalam setiap pusingan atau berzikir.

Air zam zam kat tempat saei ni paling sedap.. boleh beza ke? saya rasa ni perasaan saya je.. hehe.. sebab pe.. saya ada terbaca mata air zam-zam yang dijumpai mula-mula adalah di kawasan saei..
maafkan jika saya silap.


namun mutawif saya berpesan jika saei ini dan kita nak berhenti utk minum air zam-zam yang diletakkan di sepanjang kawasan saei ini sebelum tamat 7 pusingan tu, lepas minum tu, dia suruh patah balik 3 langkah dati tempat kita berubah arah td.. dan betulkan semula niat saei td..

dan saya cuba utk fokus tanpa berhenti minum air semasa saei umrah sunat ketiga..
hasilnya lebih feel.. doa yg kita baca lg feel.. compare kalau kita buat rileks2.. minum2 air.. brenti.. lepak2..
faham ke maksud saya ni? kah kah.. xpe..

maksudnya, ustaz tu cadangkan jalan je 7 pusingan utk saei tu tanpa stop..
tidak berhenti utk minum air atau buat benda lain..(rehat2/ duduk2 dan sebagainya)

tp klu kita haus tidak salah utk minum..

ada skali tu, saya terpaksa berhenti di pusingan ke-2 sebab dah masuk waktu zohor.. maka xde masalah..
dan boleh sambung semula pusingan ke -3 selepas solat zohor tu.. yg penting kita x lupa la bilangan kita..

compare saei dgn tawaf ni banyak.. tp yg sy boleh listkan berdasarkan pengalaman saya

1. tawaf - berjalan ikut pusingan
saei - jalan lurus kecuali masa u-turn kat Safa dan Marwah

2. Tawaf mesti ada wudhu ,
 Saei - xde wudhu pon xpe.. tp better ada wudhu.. hukumnya sunat.

banyak lg beza dia.. tp tu basic la bg saya yg sering org terlupa dan bertanya..

perkara yg sama.. semasa tawaf dan saei ini sgt dituntut berdoa dan ianya adalah mustajab..

so mcm pesan saya.. berdoalah mengikut hati dan perasaan kita.. merintih la.. mohon la segala hajat kita..
jgn tumpu sgt kat buku panduan doa.. takut kita hilang feel dan hilang fokus..

pe pon.. pasni saya akan citer step seterusnya.. dan semoga ilmu yg dikongsi ini memberi manfaat kepada pembaca dan saya sendiri..

#loveMakkahMadinah