Thursday 24 July 2014

Hijir Ismail


Assalamualaikum

Indahnya Kaabah.. Rindu rasa hati.. kali ni nak citer pasal Hijir Ismail.. ada yg eja Hijr Ismail.. xpe.. sama je.

pe yg menarik pasal Hijir Ismail ni?

terdapat satu riwayat,
pada satu hari Siti Aisyah R.A isteri Rasullullah tringin sgt sembahyang dalam kaabah. so dia pon requestla kat Nabi Muhammad S.A.W. tp Nabi S.A.W x benarkan solat dalam Kaabah.. Walau bagaimanapun, Nabi SAW memerintahkan Aisyah bersolat sahaja di Hijir Ismail. Sebab pe?
Sebab Nabi SAW bersabda barang siapa solat di Hijir Ismail adalah sama seolah2 dia bersolat di dalam Kaabah sebab ia adalah sebahagian daripada Kaabah. (Riwayat ini sahih dan disahkan oleh mutawif saya) 

sumber : Facebook. Hijir Ismail yg lengkung tu
Hijir Ismail ni adalah antara tempat yang paling mustajab berdoa.. sebenarnya kat Mekah tu semua tempat mustajab berdoa.. tp kat Hijir Ismail ni up skit pasal kisah di atas td kan.. so.. maka.. berbondong-bondong la org mencari peluang untuk solat di dalam Hijir Ismail tu..
bila dah ramai, dan tempat yg kecik.. maka, perlu ada strategi utk solat dalam tu.. 

strategi yg pertama mestilah niat..
niat kena ikhlas.. saya rasa kalau overconfident mmg x merasa.. riak, ujub, takbur lg payah..
so kita doala.. diberi kesempatan solat di dalam Hijir Ismail ini..
biasanya masa solat fardu ia akan dikunci dan dijaga oleh pegawai2 keselamatan situ.
cuma, kadang-kadang masa solat fardu, Imam akan solat dalam tu..
Imam ni, ikut pemerhatian saya, dia akan rotate penjuru mana dia nak solat.. x tentu.. yg ni saya x kaji lg..

Syukur Alhamdulillah saya diberi rezeki untuk bersolat di dalam Hijr Ismail semasa di sana. Namun, yg indah dan bonus bg saya time tu, saya dapat bawak isteri dan ibu saya bersekali dan berjemaah di dalamnya..

satu lg strategi yg penting sy rasa.. bila dah dpt masuk.. kita dah ada plan nak buat solat pe.. 
sebab bila masuk dalam tu, saya rasa masa singkat kerana pintu yg dibuka untuk keluar masuk ada satu je.. dan jemaah tidak putus.. baik lelaki mau pon perempuan.
ada ketikanya kita kena queue utk solat walaupun kita dah dalam tu. sabar tau

kalau dapat masuk dalam tu.. solat la dengan ikhlas.. kalau niat kita ikhlas mmg dipermudahkan.. jgn pikir sempit.. jgn pikir sesak.. jgn pikir susah nak sujud.. dan lain-lain yg negetif.. buang sifat2 negetif tu.. carik dan niat dengan positif.
satu lg sembahyang di bawah pancur emas juga merupakan satu tempat yang mustajab untuk berdoa. pancur emas ini terletak dalam lingkingan Hijir Ismail..tu pon kena niat jugak kan..

Kesimpulannya.. bersandarkan kepada riwayat td.. saya berpesan kepada diri saya dan rakan-rakan, jika ke sana nanti ambilla peluang untuk bersolat di dalam Hijir Ismail ni.. feel dia lain macam best..

sekian

#loveMakkahMadinah #PrayforGaza