Monday, 11 January 2016

Misi mencarik Katil dan Tilam murah Part 2

Assalamualaikum.

Harini aku nak cerita pasal misi yang berjaya setelah misi mencarik katil dan tilam dalam cerita sebelum ni banyak feedback yg contra. yg anymous mmg maki seranah la.. kah kah.. aku mcm biasa cool. diorg kata aku x bg tau aku beli kat mana, bla bla.. #!@%$^& . harini aku nak mintak maaf sebab tulis entry tu. tp yg korang terbaca tu tq.. kah kah.. nak marah pon jgn marah sgt.


Cerita dia gini. aku ngan wife klu ikut abis blajar 2006 utk degree, sekarang 2016 kira dah dkt 10 tahun la kami keje. kira dah mampu. anak pon dah nak masuk 3. Alhamdulillah. so misi survey yg mcm zaman muda tu agak terbatas. pi jugak kat kedai perabot lain2. tp kang aku citer x jd beli korang marah aku. kah kah, so kami decide beli kat IKEA. Brimnes ni.

BRIMNES adalah singkatan kepada BRIM. kah kah. xde la. ni bahasa SWEDEN, maksud dia satu katil boleh jd 2 katil. 2 katil boleh jd satu katil. maksud tu aku cipta sendiri. since aku pon x bape reti Bahasa Sweden. Zalatan Ibrahimohic kot. kah kah. so bilik yg balance xde katil ada kat bilik tetamu yg kecik. so kami fikir ni yg paling bijak boleh beli. masa 2013 IKEA jual RM729, 2014 RM799 (kalau x silap) tetiba hujung 2015 jd RM599. sebab tu jugak aku beli. lagipon nanti wife aku pantang bolehla dia duduk bilik ni. senang dan boleh nampak jd suami mithali nanti. kah kah.

since dah murah rm200 dr harga asal. kami pon decide nak suh lori diorg hantar. semua dia ada 4 set kot. lepas bayar lagak org kaya, kah kah. kami pon pergi kat kaunter penghantaran. cani la kot bunyi kaunter tu. x ingat.. benda2 gini wife yg power boleh ingat nama dia. sekali mamat yg jaga kaunter tu tenang je. ''umah encik kat Bandar Saujana Putra" tu luar kawasan penghantaran. kena cas RM200..

peh peh peh.. aku pandang wife. wife pandang aku dgn kasih syg. ni baru nak hantar belum nak pasang. pasang nanti bape aku kena ketuk. so kami decide bwk blk sendiri. chill.. rm200 buat makan kenyang kot. kereta aku xde la besar sgt mcm lori ikea tu. tp muat la masuk semua. anak aku kena tunduk. x muat bai.  aku yg driver ni pon rasa mcm tersepit. nak bg sadis lagi. masa tu dah pukul 11.00 malam kot. adoi adoi.

sementara nak angkut ke dalam kereta ada anak seorang chinese main kat situ. aku pon senyum2 la kat budak tu.. comel kot.time angkat barang peluh jantan yg pekat masam keluar mencurah2. kalau tadah muat la secawan.

usai siap semua, kami pon melambai ke arah kelurga chinese td menandakan kejayaan kami.. kah kah.. lambaian kami di balas dengan rupa cemas oleh diorg.. pe hal pehal.. rupanya ada satu barang tertinggal. kah kah.. ko nampak ko nampak.. ko buat baik kat org.. org buat baik kat ko.. klu ko buat kerek.. bukan jd katil nanti.. jd tukun aku rasa.. kah kah.



malam sampai umah dekat kul 12.. aku biar je kotak2 tu tido dlm keter. x larat kot nak angkat sorg2. so kami dah decide nak mintak tolong sape2. maksudnya bayarla. x sanggup kot nak pasang sorang2. kami decide byr 10% drpd harga.. same mcm IKEA cas. aku halo kawan2 diorg setuju. wife plak halo ada personal shopper IKEA perempuan area umah aku. subuh lg dah text diorg.. yg wife aku contact respon dulu.. so rezeki dia la. kawan aku tu aku cancel sebab aku rasa dia tolong atas dasar persahabatan. takut2 kang diorg ada hal.. payah plak.

ko tgk atas tu. punya la banyak clip ngan skrew dia.. serabut. dulu, aku penah pasang laci.. last2 baran bukan jd laci jd kuaci aku buat.. kah kah. so sebagai suami yg mendengar nasihat isteri, aku setuju dgn cadangan dia. lgpon time ni dia tgh preggy 8 bulan. nampak x nampak x? demi kasih sayang.. hehe.. ok je kita upah org.


gambar hiasan : Sumber sebat kat Insta
isteri aku adjust dgn personnel shopper tu.. suami dia pon dtg. maka bermula la misi aku dgn abg tu. since dia pon x penah pasang model ni. so kami pasang sama-sama. sama-sama baca manual pon kelaut gak..ada gak silap. nak gambarkan payah jugak pasang mende alah ni.. abg tu nasihat aku cani je. buat kena sabar xle pakai drill xle pakai hammer besi. mungkin dia tgk aku x sabar kot..so aku pon cool la sebab xde sebab nak marah.. kah kah.. so pakai screw driver manual dgn hammer mcm plastik tu.. korang jgn bayangkan hammer plastik yg bbdak main keluar bunyi tu tau.. kah kah.   start keje pukul 10.00 abis kul 3 kot. 5 jam bai. tp beberapa kali sesi rehat jugak. mcm biasa anak2 pon ada hati menolong.. tu yg masa jadi lagi drag tu.

sumber : Insta jugak. x sempat snap bang.. bz sgt time tu
kalau nak pasang ni. ada 4 benda berasing kena pasang. pastu drpd 4 benda tu jd 1 katil. mcm robot jugak lah.  tu yg lama. so kena tabah. bila tarik tu. dua org boleh tido. bila rapatkan jd 1. drawer tu berat x boleh lebih 20kg. so berbaloi. Tilam kena ada 2. Tilam aku nak beli tu RM299. x ingat pe nama. tp latex la..  dah abis time tu. kecewa jgn ckp. kesudahannya aku guna je tilam bujang masa aku bujang dulu.ok jugak.. kah kah



canilah rupa bila dah siap.. jujurnya aku x kenal abg tu. 10% drpd harga tu adalah RM60. so aku hulurlah amount tu. abg tu pulangkan balik kat aku buat sedekah anak2 RM10. so dia amik RM50 je. aku x tau aku byr murah ke mahal. tp mmg sebelum dia dtg dia kata harga dia bnyk tu. aku jenis x sampai hati.. dia pon x sampai hati. org malaysia mmg sifat dia gini. tu aku puji, cumanya.. lepas dia amik duit (salam kaut) dia ucap terima kasih sgt pasal ajak dia pasang tu.  part paling sedih bila dia kata dia sebenarnya jobless baru kena VSS dgn RHB Jalan Tun Razak. Anak 5 nak masuk 6. aku nak bg lebih tp dia kata x payah.. sampai hari ni aku ingat.. tu lah.. kita yg bekerja ni kena jaga keje kita baik2 jgn culas. bayangkan berapa ramai org diberhentikan walaupun dah keje 20 tahun. abang tu dah la susah. siap sedekah lagi.. aku doakan dia berjaya dunia akhirat.

kalau korang nak beli barang IKEA tp malas nak pegi ke sana. serabut. korang boleh contact wife abg tu a.k.a persenol shopper IKEA di talian 0129339757. COD. upah dia amik pon x mahal. duit minyak ngan kopi je. marilah membantu.



bilik ini adalah khas buat wife kesayangan yang dijangka pantang bila bersalin due 16 Januari 2016. Rasa kepuasan bila dapat sediakan bilik dan katil yang selesa. nanti bila wife dah x guna. parent aku boleh tido situ dgn selesa bila dtg umah. since diorg pon xle nak naik atas.

ape pon tq. sebab membaca. Cerita sy bukan utk tujuan utk menunjuk. Ini sebagai guide kalau kita mampu dan tringin. Ukur baju badan sendiri. kalau mampu apa salahnya. doakan baby saya sihat dan menjadi anak yg solehah dan penghafal al-quran. amin.

7 comments:

  1. Seronok baca,
    penulisan penuh ikhlas, dah x sama dengan teknik penulisan tahun 2013 yang kah kah
    nak gelak gakla
    kah kah

    keep it up
    thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Maaf..saya nak tanya berkenaan size tilam. Encik bgtau guna tilam masa bujang dlu. Size ngam ke dengan katil ikea brimnes tu? Sebab saya cadang nk beli katil tu, tp tilam nk beli kat kedai perabut luar, jimat! Hik3x ok terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tilam bujang luar tak muat sebab lebar n pendek. Kena beli tilam dia juga.-pengguna katil brimmes

      Delete
  3. Best baca entry Tuan. Penulisan simple n terkadang kn fikir sendiri. smile. Nak tanya rumah ada defect apa2 tak semenjak tggal??

    ReplyDelete
  4. Bhahahahaha...lawak bai...terbaik penyampaian

    ReplyDelete
  5. Moga tuan dan keluarga sentiasa dilindungi dan diberkatiNya.

    ReplyDelete