Tuesday 10 June 2014

Saei semasa Umrah

Assalamualaikum

Kali ni nak citer pasal Saei.. ada org eja Saei' ada jugak eja Sa'i.. pe pon.. ni merupakan salah satu rukun umrah.. kita ulang blk ye rukun umrah.. sebelum ni dah citer pasal niat dan jugak tawaf..

rukun umrah

1. Niat di Miqat
2. Tawaf
3. Saei
4. bergunting/bercukur
5.tertib

so saya nak citer yg Rukun yang ke-3 tu..
saya bukan nak ajar..
semua nak share pengalaman je tau

nak saei pon kena niat tau..

lepas je tawaf.. minum air zam zam spi puas.. pastu kita niat saei.. lafaz dia cane?

Ya Allah, aku hendak bersaei di antara Safa dan Marwah  tujuh kali Saei Umrah kerana Allah Ta'ala

Syarat2 Saei

1. Hendaklah dilakukan selepas tawaf (mengikut tertib)

2. Hendaklah bermula  dari Safa dan habis di Marwah untuk satu pusingan.
dan pusingan berikutnya dari Marwah ke Safa

3. Tujuh kali dengan sempurna

4. Saei kerana ibadat bukan kerana yang lain

5. Saei hendaklah di batnul-wadi (tempat yang termaklum) yang dipanggil Mas'a

6. Hendaklah sampai ke bukit safa dan Marwah.
(rujukan buku andalusia)


ok.. pengalaman bersaei ni pon masih tersemat dalam hati ini.. macam biasa saya berada di tingkat atas.. tingkat 2 sebab guna willchair.. tp xpe..
saya x berkesempatan buat di bawah.. tp saya adalah jenguk2 bawah tu.. abah cerita.. dulu org panjat tinggalan bukit di Marwah. saya dapat tgk.. dari atas.. dan skali dari bawah masa lalu di kawasan tu
tp skang bukit tu telah di pagar.. ok.. gambar tu xde.. citer je ada. hehe 


nampak x ada yg berwarna hijau tu.. di situ disunatkan berlari anak..
dan di katakan tempat ini sangat mustajab untuk berdoa..

tempat saei ini panjangnya hampir 420meter (menurut google) kah kah.. tp dia lurus..
dan ia menjadi favourite kepada Ahmad Abqari di sini..
setiap kali disini mesti dia ajak berlumba..
sebab pe?

sebab td kan sunat berlari anak..
mmg majoriti org berlari anak disini..di tiang hijau tu..

tp dia akan buat mcm org nak lari 100m.. punya laju..mcm bersungguh-sungguh utk lumba
 kah kah.. ok tu xpe.. sebab dia blajar..

kisahnya.. x silap saya saei saya yg ketiga.. (umrah sunat) Ahmad Abqari lari dengan laju sampai hilang dari pandangan mata..
senang kata lari samapai hujung..
jaraknye start 300meter lebih kurang..
seronok sgt mungkin

aku rasa time tu rileks je.. pasal dia lelaki.. tapi wife saya.. risau rupanya..
nampak mcm menangis.. hehe

wife pon lari anak utk cari dia.. kami nampak dia.. bila sampai Marwah tu.. ada mcm lengkung mcm u-turn utk buat u-turn la.. Ahmad Abqari melilau la carik kami.. lama jugak.. kami perati je..
serius mmg dia x nampak kami ketika tu 

lepas tu kami dptkan dia.. dan wife pon nasihat.. supaya dgr kata kami.. maka mereka pon berpelukan.. si anak mintak maaf kat ibu dia.. oo.. sweet..

tp moral dia.. kena pesan kat anak2.. jgn bergerak sendiri tinggalkan org yg jaga dia..
 takut hilang terus.. cuak jugakkan.. hehe.. xpe.. lesson learn.. niat beribadahkan.

perkara-perkara sunat yg boleh dilakukan semasa saei.

1. keluar ke tempat saei dgn melalui Safa

2. Menaiki bukit Safa dan Marwah sehingga sampai batu2 bukit dan melambai kaabah

3. menghadap ke arah kiblat dan melambai kedua tangan sera bertakbir .. Allahu Akbar..
setiap kali berada di bukit Safa dan Marwah

4.berlari-lari anak bagi lelaki, tidak bg wanita.. sampai tiang hijau baca doa tau.

5. Menutup Aurat

6. Tujuh kali berturut.

7. berwudhu'

8. berjalan.. kecuali uzur bolehlah guna kenderaan

9. berdoa dalam setiap pusingan atau berzikir.

Air zam zam kat tempat saei ni paling sedap.. boleh beza ke? saya rasa ni perasaan saya je.. hehe.. sebab pe.. saya ada terbaca mata air zam-zam yang dijumpai mula-mula adalah di kawasan saei..
maafkan jika saya silap.


namun mutawif saya berpesan jika saei ini dan kita nak berhenti utk minum air zam-zam yang diletakkan di sepanjang kawasan saei ini sebelum tamat 7 pusingan tu, lepas minum tu, dia suruh patah balik 3 langkah dati tempat kita berubah arah td.. dan betulkan semula niat saei td..

dan saya cuba utk fokus tanpa berhenti minum air semasa saei umrah sunat ketiga..
hasilnya lebih feel.. doa yg kita baca lg feel.. compare kalau kita buat rileks2.. minum2 air.. brenti.. lepak2..
faham ke maksud saya ni? kah kah.. xpe..

maksudnya, ustaz tu cadangkan jalan je 7 pusingan utk saei tu tanpa stop..
tidak berhenti utk minum air atau buat benda lain..(rehat2/ duduk2 dan sebagainya)

tp klu kita haus tidak salah utk minum..

ada skali tu, saya terpaksa berhenti di pusingan ke-2 sebab dah masuk waktu zohor.. maka xde masalah..
dan boleh sambung semula pusingan ke -3 selepas solat zohor tu.. yg penting kita x lupa la bilangan kita..

compare saei dgn tawaf ni banyak.. tp yg sy boleh listkan berdasarkan pengalaman saya

1. tawaf - berjalan ikut pusingan
saei - jalan lurus kecuali masa u-turn kat Safa dan Marwah

2. Tawaf mesti ada wudhu ,
 Saei - xde wudhu pon xpe.. tp better ada wudhu.. hukumnya sunat.

banyak lg beza dia.. tp tu basic la bg saya yg sering org terlupa dan bertanya..

perkara yg sama.. semasa tawaf dan saei ini sgt dituntut berdoa dan ianya adalah mustajab..

so mcm pesan saya.. berdoalah mengikut hati dan perasaan kita.. merintih la.. mohon la segala hajat kita..
jgn tumpu sgt kat buku panduan doa.. takut kita hilang feel dan hilang fokus..

pe pon.. pasni saya akan citer step seterusnya.. dan semoga ilmu yg dikongsi ini memberi manfaat kepada pembaca dan saya sendiri..

#loveMakkahMadinah 


2 comments:

  1. As salam. Maaf di pinta.saya telah memetik blog tuan sebagai rujukan utk di muatkan dlm FB Group Kenangan Haji dan Umrah. Hrp tuan dpt memberikan kebenaran. Tuan juga di jemput utk menjadi ahli Group KHDU. terima kasih

    ReplyDelete