Sunday, 13 December 2020

Bunyi ketukan misteri yang menyeramkan

 Perkara ini berlaku pada awal perkahwinan kami. 2008. Ye kira-kira 12 tahun lepas. 

.

Elok je aku menikah, aku terus bawak isteri ke rumah sewa. Sebuah rumah 5 tingkat seksyen 19 Shah Alam. Tu la yg mampu awal2 kawin dulu. Gaji ciput.

.

Suatu hari, sedang sedap kami berdua menonton tv tanpa astro. Cerita ape x ingat. Kalau bukan TV1, mesti TV2 x pun TV3.

.

Tiba-tiba bunyi ketukan bertalu-talu di pintu rumah kami. Sangat kuat & menyeramkan. Cuba korang bayangkan. Lebih kurang jam 10 malam masa tu. Seram.

.

Aku yg sedia penakut terus bagi signal kat isteri, "sayang u bukaklah pintu tu". Kataku kepadanya. Maklumlah aku yang beli beras.

.

Tiba-tiba isteri aku jeling aku. U la pi bukak pintu tu. U kan lelaki. 

.

Betul jugak. Getus hati ini.

.

Dalam ketakutan tu. Aku memberanikan diri. Maklumlah aku ni pertabi jugak orangnya. Aku lagi takut jelingan isteri dr ketukan tu.

.

Aku pun bukaklah pintu. Pucat aku. Dah malam kot.

.

Rupanya-rupa ada seorang lelaki yg ketuk rupanya. Mujur x roboh pintu umah aku. Ketuk kuat, laju-laju pulak tu. Bertubi-tubi orang kata.

.

Aku pun tanya penuh adab & tatatusila. Nape bang?

.

Dia balas balik beb. Berani betul dia.

.

Maaf bang. Saya salah rumah.. Tu je dia jawab. Nice & simple.

.

Peh. Aku yg putih pucat td kembali normal sawo matang.

.

Begitulah kisah ketukan misteri yg pernah berlaku kat aku & isteri. Yang misteri. Sampai harini aku x tau org tu carik rumah siapa... X sempat tanya.

.

Setiap org ada pengalaman tersendiri. Mungkin pengalaman org lain berbeza. Tapi x salah kan aku cerita pengalaman tu. 

.

Terima kasih sudi baca dengan matang & sejahtera.

Thursday, 10 August 2017

TIPS WANITA BEKERJAYA YANG INGIN MENJADI SURIRUMAH TANGGA SEPENUH MASA

Assalamualaikum.

Kali nak bg tips persediaan seorang isteri yang akan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Tulisan ini hanya berdasarkan pengalaman seorang suami..
.
Setelah bekerja dari 2006 sehingga 16/6/2017 (hari terakhir kerja), lebih 10 tahun. akhirnya isteri ambil tanggungjawab untuk meletak jawatan dan uruskan rumah tangga. Faktor utama adalah sebab kami ada anak istimewa Ahmad Aqeel (OKU penglihatan (buta+autisme) yang kini berusia 5 tahun. Anak kami semua kini 3 orang. Ahmad Abqari , 8 tahun dan Aisyah Azzahra, 1 tahun 7 bulan.
.
Sebenarnya isteri dah berkira-kira untuk meletak jawatan sebaik sahaja kelahiran anak ini. Namun, atas faktor ekonomi keluarga yg tak stabil, kami padamkan dulu niat tu.. tp cita-cita x pernah hilang begitu saje.
.
Kerjaya isteri bukan biasa-biasa, dia ada master, gaji dah sedap lebih 5K, bonus tahunan hampir 20K. Jadi utk lepas jawatan begitu sahaja bukan mudah. Tentangan dari rakan sekerja & ibu bapa mencabar juga.
.
Sebagai suami, syarat sy mudah je, habiskan hutang belajar (PTPTN) & hutang kereta. Alhamdulillah. kesan jimat cermat, isteri dapat bayar lebih awal dari jadual.
.
Tapi, akhirnya kami bulat tekad, Isteri hantar notis sebelum raya 2017. 3 bulan notis, lebih kurang 2 bulan notis pon settle. Isteri kini bebas dr hutang dan kerjaya. Kawan-kawan jangka isteri dapat better offer.. xde.. mmg xde.
.
Pe persediaan kami, walau pun isteri berhenti mengejut, kami dah training lama. bertahun-tahun sebenarnya.
.
1. Saya dah mula melatih diri bayar semua hutang & perbelanjaan keluarga seorang diri setahun lamanya.

Perlahan-lahan kami buat.. Cukup ke? mmg x cukup.. biasa minggu kedua, isteri dah bantu.. sebab pe? duit belanja nak makan sendiri pon dah xde.. haha.
.
masuk bulan ketiga, keempat saya dah boleh adjust sikit-sikit. cane? kita kongsi lagi kat bawah

2. Bawak bekal ke Pejabat

Tradisi bawak bekal ni dah mula dari saya duduk asrama tingkatan 1 lagi.. pastu saya keje sebelum kahwin. mak saya masak. saya bawak bekal. Jadi bila saya kahwin, isteri pon boleh masak. X payah masak susah-susah. cukup untuk alas perut. Mee Goreng, Nasik Goreng,.. jangan la bawak bekal ikan 3 rasa, tomyam Thailand.. tu demand.. x betul tu.. kesian isteri. ni bila makan malam sesekali boleh la mintak,

3. Tak Merokok

Setuju ke x? rokok ni mmg mahal.. saya x hisap jadi x tau harga. jadi penjimatan mmg sebahagiannya di sini. Susah nak berhenti? sahabat semua pandanglah wajah isteri & anak-anak.. nak sedap rokok utk sendiri ke nak bagi anak bini makan sedap.

4. Guna NGV 

Natural Gas Vehicle (NGV). Ramai orang kata, stesen x bnyk. enjin cepat panas lepas tu Kong. Saya Tawakkal kepada Allah. yakin utk guna ni utk bantu kehidupan anak isteri. Bila bayar kena cash, jadi jangan lupa sedekah sikit untuk pekerja yang pasang/mudahkan/uruskan gas kita. Yakin, sedekah tu yang bantu enjin kita tahan.

Harga minyak turun naik, susah untuk kawal perbelanjaan.

5. Potong Sukan ASTRO 

Saya peminat Liverpool.. Tu je hiburan yg ada.. umur 34 ni dah x berapa tgk TV.  Bila ada ASTRO dan slot sukan, saya kena bayar RM95.00 lebih kurang. Tp bila buang sukan saya kena bayar RM50++ lebih kurang.  Saya mengalah sekarang, x tau la akan dtg cane.. Buat masa sekarang layan liverpool di FB live je.

nape x buang terus? sebab Astro Oasis (106) kami pasang setiap sebelum solat supaya anak dapat hafal semua zikir-zikir kat situ.

Nape x pasang je line intenet? sebab x mau anak terlalu ketagih gadjet. Kalau anak nak main intenet. saya bg intenet saya, Tathering je.. boleh kawal. ye, saya guna U mobile - RM74. Unlimited.. semua org boleh pakai.

6. Nasihat Ibu Bapa

Memang pada awalnya kami dapat tentangan dr ibu bapa, memandang kos hidup zaman sekarang mmg mencabar.. Tapi lepas kami jelas kan dengan justifikasi yg kukuh.. mereka ok..

Pesan Ayah Mertua.. Abah Ok je.. Semua orang makan nasi sepinggan je.. ape nak risau. Bezanya cane kita makan, pe yang kita makan.

7. Tak Makan Luar

Bila makan luar, air kita kene beli jugak. Duduk 5 org, 5 air kita kene beli.. dah RM 10. Jadi jika kami teringin makan luar atau kami kene kerja luar daerah, kami akan beli tapau.. beli nasik lebih. Air minum air masak. Kalau teringin beli la satu botol besar air yg kaler-kaler tu.. bawah rm4, semua boleh minum.

bagi anak makan kenyang dulu, lepas tu baru bawak jalan-jalan. Anak kenyang, mereka pon x merengek nak mintak makan luar.

8. Kurang Makan Fast Food

Zaman sekarang sape x suka makan KFC, Mcd, Burger King, Pizza dan sewaktu dengannya. Kami pon suka. Tapi kami dah pesan pada isteri & anak-anak. sesekali boleh. 2,3 bulan sekali ke. Saya? lalu je.. buang perasaan sedap.. buang perasaan teringin.. kalau teringin sangat.. masak la ala-ala tu.

9. Buat Checklist Bayar Hutang

ni sebenarnya tips no 1.

kene kontra gaji = hutang+perbelanjaan. supaya kita tau kedudukan dan kekuatan kewangan kita. bila dah tolak tambah, kita akan tau lebihan, dan di mana lebihan akan digunakan. simpan sikit juga utk kos perubatan.

10. Pendidikan tetap diutamakan

Dari segi makanan memang kami x semewah dulu. tapi dari segi pelajaran, kami x kompromi. Kami kerja keras supaya anak dapat pendidikan yang sempurna. sama seperti ibu bapa kami buat dulu pada kami. Memang mahal kos pendidikan. Tapi tu bukan alasan. moga anak-anak kami pandai dunia & akhiratnya. Aamin.

11. Kesimpulan

Ini adalah sebahagian tips yg saya buat. Nampak kedekut sangat. tapi pelan-pelan kayuh, insyaAllah Tuhan akan mudahkan. Ukur baju badan sendiri. Berbelanja berpada-pada,
.
Sebagai suami, kita x mau anak isteri kita hidup susah, makan susah, rasa susah. Tapi semua orang doa, insyaAllah ada rezeki. (ini saya akan kongsikan cane rezeki yang tidak kami sangka tu pada next chapter)
.
Isteri awal-awal lagi bersedia. Sekarang emosi dia stabil, dulu kurang stabil kadang-kadang sebab stress kerja. emosi anak-anak stabil, saya pon boleh kerja dengan tenang. Dulu kelam kabut berkejar nak hantar, ambil anak taska, sekarang x lagi.
.
Dulu anak kurus, sekarang dah berisi sikit.
.
Pesan isteri saya. Kini dia x mengejar dunia. Dia kejar Akhirat. Bakti dia kepada suami & anak-anak hanya Allah yang mampu balas. Terima kasih wahai kekasih hati dunia akhirat.




Wednesday, 15 February 2017

TIPS RESUME YANG BAIK

Assalamualakum

dah bape kali sebelum ni aku sembang pasal inteview je.. aku kira ada baik jugak aku cerita pasal resume.
.
2017 ni bagi aku tahun yang seram & suram. Kenapa? keluarga terdekat je 2 orang kena buang.. VSS.. anak bini kena tanggung..
.
jadi kalau dapt inteview buatlah betul-betul.. kecewa sebenarnya bila ko dapt peluang yang orang lain x dapat.. tapi ko x guna betul2.. jd posting ni jugak salah satu persediaaan sebelum pi inteview.. kali ni xde gambar.. ni ikhlas dari hati dan pemerhatian saya je..

1. GAMBAR
Gambar memang main peranan. Biar korang x cun, x kacak. tapi adjust2 la gambar tu muka paling humble dan beriman. Jangan la letak gamabr yang bongkak, takbur, sombong, rambut panjang, misai & jangkut x trim elok, tudung senget-senget, tudung kemek dan penuh dengan sifat mazmumah yg lain.
lepastu, gambar mestilah gambar yang mcm korang buat IC tu. berlatar belakang biru. ni pada aku WAJIB.
jangan bagi gambar selfie, gambar yg ko tangkap ngan pakwe makwe ko, gambar yg crop yg celah mane tu, gambar yg ntah pape. 
Pi kedai kuar modal sikit, tangkap elok-elok. pastu ko pau la soft copy.. boleh je print kat resume. benda-benda cani bukan masa nak jimat. nak dapat sesuatu kena berkorban sikit adik kakak ye.

2. KANDUNGAN 
benda yang wajib ada dlm resume: 
Pengenalan diri, kelayakan akademik, pengalaman kerja, kepakaran atau skill khusus, kekuatan atau kelebihan, rujukan. Design gempak macam mana pun kalau benda-benda ni takde. Kira gagal la resume tu. 

3. PANJANG RESUME

Aku kira 3 muka surat tu dah terbaik. lebih tu kira mengarut. kecuali pencapaian kita memang power. mmg patut letak. kalau setakat tuakr sekolah 10 kali. pandai-pandai la adjust. mane yg x penting buat semak tu.. xperlu. cuba letakkan diri korang pada tempat penemuduga tu..

kata org jawa.. short n simple.. but not too simple bro..

4. PENGENALAN DIRI 


ini penting..buat ayat sikit pasal diri..fokus pada latar belakang pendidikan, pencapaian dan skill. Sebab kalau pengenalan diri kau power panel akan lebih berminat nak baca yang selanjutnya..


5. TERSUSUN & PADAT 


info penting kat depan..yang selebihnya kat belakang. Guna ayat yang semudah dan seringkas mungkin..ad jugak aku terbaca tips suruh guna ayat yang kababoomm..aku tak berapa setuju sebab itu menyusahkan panel..satu kerja pulak nak bukak kamus..bukan satu resume dia nak baca..


6. DESIGN -

 yang paling penting jangan sampai design tu menenggelamkan maklumat-maklumat penting.. ko jangan malu mintak templete kat kawan-kawan yg dah berjaya.


7. BEBAS TYPO 

Bos-bos kerajaan yg biasa jd panel ni mmg dah dididik dengan beribu surat.. surat tu mmg kena mantap hatta typo pon boleh sebab fail yg diangkat ke bos lg atas kene baling. senang ckp typo ni mmg dosa besar.. korang checkla balik bila dah siap resume tu beb.. jgn malas beb.. malas tu perangai hantu kot.. kah kah.

Typo ni benda biasa buat insan yg lemah macam kita.. Tp aku x peduli.. mesti zero typo.. MESTI

8. BAHASA

Aku tgk kalau Kerajaan mmg nak resume melayu.. ko rasa kelakar? ko buat je la.. nak keje.. foolow je step tu.

tp kalau swasta ko jgn buat versi melayu.. tu kelakar.. ko buat English beb.. ko x reti? adoi.. banyak-banyak alasan ni buat ko menuju ke lembah hina beb.. ko buat la yg terbaik.

9. RUJUKAN

Biasa org letak nama lecturer diorg.. tp kalau korang nak letak aku x halang.. tp make sure la.. rujukan korang tu buat pe.. kalau ada soalan pasal rujukan ni.. x tau jugak.. tamat riwayat jugak.

10. KESIMPULAN

Resume yg power bukan jaminan ko dpt keje.. tp dia buat daya penarik org nak amik ko keje.. ko cincai.. org pon cincai ngan ko.. harap membantu ye adik kakak.

maaf kali ni xde gambar.. handphone sekarang dah hanndphone biasa sgt.. ekonomi meleset.. babai.. i love u yg baca ni..




Monday, 11 January 2016

Misi mencarik Katil dan Tilam murah Part 2

Assalamualaikum.

Harini aku nak cerita pasal misi yang berjaya setelah misi mencarik katil dan tilam dalam cerita sebelum ni banyak feedback yg contra. yg anymous mmg maki seranah la.. kah kah.. aku mcm biasa cool. diorg kata aku x bg tau aku beli kat mana, bla bla.. #!@%$^& . harini aku nak mintak maaf sebab tulis entry tu. tp yg korang terbaca tu tq.. kah kah.. nak marah pon jgn marah sgt.


Cerita dia gini. aku ngan wife klu ikut abis blajar 2006 utk degree, sekarang 2016 kira dah dkt 10 tahun la kami keje. kira dah mampu. anak pon dah nak masuk 3. Alhamdulillah. so misi survey yg mcm zaman muda tu agak terbatas. pi jugak kat kedai perabot lain2. tp kang aku citer x jd beli korang marah aku. kah kah, so kami decide beli kat IKEA. Brimnes ni.

BRIMNES adalah singkatan kepada BRIM. kah kah. xde la. ni bahasa SWEDEN, maksud dia satu katil boleh jd 2 katil. 2 katil boleh jd satu katil. maksud tu aku cipta sendiri. since aku pon x bape reti Bahasa Sweden. Zalatan Ibrahimohic kot. kah kah. so bilik yg balance xde katil ada kat bilik tetamu yg kecik. so kami fikir ni yg paling bijak boleh beli. masa 2013 IKEA jual RM729, 2014 RM799 (kalau x silap) tetiba hujung 2015 jd RM599. sebab tu jugak aku beli. lagipon nanti wife aku pantang bolehla dia duduk bilik ni. senang dan boleh nampak jd suami mithali nanti. kah kah.

since dah murah rm200 dr harga asal. kami pon decide nak suh lori diorg hantar. semua dia ada 4 set kot. lepas bayar lagak org kaya, kah kah. kami pon pergi kat kaunter penghantaran. cani la kot bunyi kaunter tu. x ingat.. benda2 gini wife yg power boleh ingat nama dia. sekali mamat yg jaga kaunter tu tenang je. ''umah encik kat Bandar Saujana Putra" tu luar kawasan penghantaran. kena cas RM200..

peh peh peh.. aku pandang wife. wife pandang aku dgn kasih syg. ni baru nak hantar belum nak pasang. pasang nanti bape aku kena ketuk. so kami decide bwk blk sendiri. chill.. rm200 buat makan kenyang kot. kereta aku xde la besar sgt mcm lori ikea tu. tp muat la masuk semua. anak aku kena tunduk. x muat bai.  aku yg driver ni pon rasa mcm tersepit. nak bg sadis lagi. masa tu dah pukul 11.00 malam kot. adoi adoi.

sementara nak angkut ke dalam kereta ada anak seorang chinese main kat situ. aku pon senyum2 la kat budak tu.. comel kot.time angkat barang peluh jantan yg pekat masam keluar mencurah2. kalau tadah muat la secawan.

usai siap semua, kami pon melambai ke arah kelurga chinese td menandakan kejayaan kami.. kah kah.. lambaian kami di balas dengan rupa cemas oleh diorg.. pe hal pehal.. rupanya ada satu barang tertinggal. kah kah.. ko nampak ko nampak.. ko buat baik kat org.. org buat baik kat ko.. klu ko buat kerek.. bukan jd katil nanti.. jd tukun aku rasa.. kah kah.



malam sampai umah dekat kul 12.. aku biar je kotak2 tu tido dlm keter. x larat kot nak angkat sorg2. so kami dah decide nak mintak tolong sape2. maksudnya bayarla. x sanggup kot nak pasang sorang2. kami decide byr 10% drpd harga.. same mcm IKEA cas. aku halo kawan2 diorg setuju. wife plak halo ada personal shopper IKEA perempuan area umah aku. subuh lg dah text diorg.. yg wife aku contact respon dulu.. so rezeki dia la. kawan aku tu aku cancel sebab aku rasa dia tolong atas dasar persahabatan. takut2 kang diorg ada hal.. payah plak.

ko tgk atas tu. punya la banyak clip ngan skrew dia.. serabut. dulu, aku penah pasang laci.. last2 baran bukan jd laci jd kuaci aku buat.. kah kah. so sebagai suami yg mendengar nasihat isteri, aku setuju dgn cadangan dia. lgpon time ni dia tgh preggy 8 bulan. nampak x nampak x? demi kasih sayang.. hehe.. ok je kita upah org.


gambar hiasan : Sumber sebat kat Insta
isteri aku adjust dgn personnel shopper tu.. suami dia pon dtg. maka bermula la misi aku dgn abg tu. since dia pon x penah pasang model ni. so kami pasang sama-sama. sama-sama baca manual pon kelaut gak..ada gak silap. nak gambarkan payah jugak pasang mende alah ni.. abg tu nasihat aku cani je. buat kena sabar xle pakai drill xle pakai hammer besi. mungkin dia tgk aku x sabar kot..so aku pon cool la sebab xde sebab nak marah.. kah kah.. so pakai screw driver manual dgn hammer mcm plastik tu.. korang jgn bayangkan hammer plastik yg bbdak main keluar bunyi tu tau.. kah kah.   start keje pukul 10.00 abis kul 3 kot. 5 jam bai. tp beberapa kali sesi rehat jugak. mcm biasa anak2 pon ada hati menolong.. tu yg masa jadi lagi drag tu.

sumber : Insta jugak. x sempat snap bang.. bz sgt time tu
kalau nak pasang ni. ada 4 benda berasing kena pasang. pastu drpd 4 benda tu jd 1 katil. mcm robot jugak lah.  tu yg lama. so kena tabah. bila tarik tu. dua org boleh tido. bila rapatkan jd 1. drawer tu berat x boleh lebih 20kg. so berbaloi. Tilam kena ada 2. Tilam aku nak beli tu RM299. x ingat pe nama. tp latex la..  dah abis time tu. kecewa jgn ckp. kesudahannya aku guna je tilam bujang masa aku bujang dulu.ok jugak.. kah kah



canilah rupa bila dah siap.. jujurnya aku x kenal abg tu. 10% drpd harga tu adalah RM60. so aku hulurlah amount tu. abg tu pulangkan balik kat aku buat sedekah anak2 RM10. so dia amik RM50 je. aku x tau aku byr murah ke mahal. tp mmg sebelum dia dtg dia kata harga dia bnyk tu. aku jenis x sampai hati.. dia pon x sampai hati. org malaysia mmg sifat dia gini. tu aku puji, cumanya.. lepas dia amik duit (salam kaut) dia ucap terima kasih sgt pasal ajak dia pasang tu.  part paling sedih bila dia kata dia sebenarnya jobless baru kena VSS dgn RHB Jalan Tun Razak. Anak 5 nak masuk 6. aku nak bg lebih tp dia kata x payah.. sampai hari ni aku ingat.. tu lah.. kita yg bekerja ni kena jaga keje kita baik2 jgn culas. bayangkan berapa ramai org diberhentikan walaupun dah keje 20 tahun. abang tu dah la susah. siap sedekah lagi.. aku doakan dia berjaya dunia akhirat.

kalau korang nak beli barang IKEA tp malas nak pegi ke sana. serabut. korang boleh contact wife abg tu a.k.a persenol shopper IKEA di talian 0129339757. COD. upah dia amik pon x mahal. duit minyak ngan kopi je. marilah membantu.



bilik ini adalah khas buat wife kesayangan yang dijangka pantang bila bersalin due 16 Januari 2016. Rasa kepuasan bila dapat sediakan bilik dan katil yang selesa. nanti bila wife dah x guna. parent aku boleh tido situ dgn selesa bila dtg umah. since diorg pon xle nak naik atas.

ape pon tq. sebab membaca. Cerita sy bukan utk tujuan utk menunjuk. Ini sebagai guide kalau kita mampu dan tringin. Ukur baju badan sendiri. kalau mampu apa salahnya. doakan baby saya sihat dan menjadi anak yg solehah dan penghafal al-quran. amin.

Friday, 24 April 2015

Tips Inteview/Temuduga Kerajaan Part 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Macam yg dijanjikan ni sambungan Part 1.. korang kene baca part 1 kalau nak berjaya.. kah kah.. xla.. ni mcm sinetron plak.. sambung.. Part 1 ada bape tips dah bg.. ni nak bg lg.. hope lebih padu dan logik.. kah kah

Sumber : Nota Ceramah SPA

Tips seterusnya;

Doa pada Tuhan

Bila semua material dan fizikal dah sedia, ni masanya kita tambah persediaan dari segi rohaniah plak. sy yakin dan percaya semua agama anjur benda sama.. Tp bg umat Islam, Doa adalah senjata.. jgnla sombong, ego, bongkak, takbur dan sewaktunya.. mohonla.. mohon bukan sahaja tika kita sempit, tp jugak time kita x sempit tau.. Solat 5 waktu jgn lupa.. ada masa buat solat sunat. solat tahjud, solat hajat, puasa sunat. sy xde alim sgt, tp tu la pesan mak kat kami 4 beradik..

Doa Ibu Bapa..

Sebelum bergerak ke pusat temuduga, make sure kita mintak redha ibu bapa kita.. klu yg masih duduk umah skali.. tolong salam, peluk ketat2, cium tangan dan muka.. klu x penah buat.. try buat.. klu bpk korang gangster sure dia x percaya korang buat gitu.. kah kah.. tp ibu bapa suka sgt tau.. sejak aku jadik bapak aku faham perasaan tu.. walau kadang2 tu hanya perasan.. kah kah.. klu dok jauh.. call.. jgn nak kedekut kredit..

Contoh Pusat Temuduga di Sarawak
Tips

x semestinya korang akan di inteview di tempat korang dilahirkan.. make sure masa isi SPA online tu korang isi tempat terdekat ngan korang tinggal masa tu.. katala korang sekarang keje KL, pi la bubuh KL atau Putrajaya, jgn pi bubuh Perak ke Sarawak.. kena panggil Inteview sana, letih plak nak blk umah.. berkejar2 nanti.. penat woo..

kalau kat Putrajaya : Korang akan nampak benda ni mengalu-alukan kehadiran korang kat level G

Tips

ok.. pasni nak citer skema skit.. cane penilaian dibuat.. ni antara ilmu yg ada skit2 masa keje sana..
penilaian berasaskan.

sumber : Nota ceramah SPA


Ukuran dia cani la.. klu korang pi kursus diorg.. penceramah akan citer benda sama.. so sebab tu aku brani share sini.. dia dah  x sulit..

ini adalah gambaran sebenar satu bilik temuduga SPA.
Pengerusi Temuduga (markah banyak kat dia - perlu tackel dia) berada di sebelah kanan dan Wakil Jabatan di Kiri


Tips

Sebelum papehal.. korang dah settle semua susun dokumen bagai.. korang kena tau gambaran sebenar bilik temuduga.. jarak dia.. sebab korang kena bajet cane nak jawab.. tone suara.. bukan semua org ada suara yg kuat dan menggegar dunia.. kah kah.. paling penting korang kena tau sape yg inteview korang.. tolong ricky kat luar (kat kaunter) sebab kadang kala penemuduga kita ada pangkat Tan Sri ke Datuk ke, make sure kita tau.. klu kita x tau.. bahaya.. boleh sebabkan chance kita tipis..

kalau perempuan bawak beg, make sure letak atas meja sebelah kerusi kita.. ni kena mintak izin.. nak duduk pon mintak izin.. jgn letak beg atas meja penemuduga plak.. kah kah.. panik la katakan.. tp yg slalu org buat spoil.. beg tu letak atas peha.. mmg kena tegur nanti tu.. lg hilang confident kang..  tu tujuan meja tu kat situ tau.. faham ke x ni.. kah kah.. nak tunjuk pki anak panah x dpt plak..

Sumber : Nota Ceramah SPA
Tips ;

Cane Inteview di tanya, kesimpulan dia cani,

awal : Latar belakang, ice breaking, penilain peraturan, kepribadian, sikap korang

soalan yg mungkin di tanya

Awal.. dia akan tanya latar belakang calon.. kalau nasib korang baik dia tanya dlm english.. Tell us about yourself..

so.. yg ni aku nasihat, korang sediakan la karangan sebelum datang, hafal.. Melayu pon hafal.. English pon hafal.. ceritalah nama, adik beradik, ayah keje pe, mak keje pe, ko blajar mana, sekarang ko buat pe, keje pe.. make sure padu, padat tp x meleret2.. korang kena confidence dan humble.. tu yg penting..

Tips..

Nervous..

sape x nervous mmg tipu.. kah kah.. cane nak kawal.. selain doa.. dgn tips yg korang baca td.. korang pikir cani je, penemuduga tu pon nervous gak.. serius beb.. lagi2 kalau korang boleh keluarkan aura korang.. aura ni subjektif gak.. kah kah.. payah nak explain..

bacalah paper hari-hari
Tips

soalan di pertengahan : tingkah laku, pegetahuan am & kemahiran jawatan

Baca Surat Khabar -

Dunia anak muda sekarang ni..  Twitter, we chat, whatsapp, FB, Instagram, selfie.. cun sgt aku tgk.. dll.. sebenarnya alasan korang surat khabar xle caya pon logik gak..ye ke..  tp Tuhan kan bg akal kat kita utk pikir.. so tapis la mana positif  dan yg negetif campak laut.. pengalaman aku dulu.. penah berebut dgn rakan kat libry, aku pelik nape dia beria2 sgt haritu nak tgk paper.. slalu x pon.. rupanya nak tgk 4D.. kah kah.. lagha betul..

kalau korang x mampu beli.. pegi la libry.. x baca banyak.. baca tajuk sekali lalu pon ok.. nape penting..
soalan inteview seterusnya akan tanya pasal pengetahuan isu-isu semasa.. banyak yg kantoi mmg pasal ni la.. nampak x bijak klu kita x tau perkembangan semasa..

sedikit pengalaman aku dulu.. aku asal Klang, org tu tanya pasal PKFZ.. serius masa tu x tau, tp sebab dek penah baca paper.. so aku boleh la jawab dgn muka x bersalah.. rezeki tu tau..


Sumber FB SPA : sape yg kena inteview dgn YBhg. Tan Sri Pengerusi untung
Tips :

Pengetahuan pasal kerja yang korang mintak, dasar-dasar kerajaan..

Paling koman pon.. korang kena tau apa bidang tugas jawatan yang korang mintak.. ni klu x study ni.. mmg out.. katalah korang dpt inteview PT(P/O) N17 korang kena la tau.. jawatan tu buat pe.. study skit dr kawan2 yg dah keje gomen.. x salah bertanyakan.. jgn sombong, jangan malu..

kadang-kdang dia tanya pasal sijil dlm fail korang

kadang-kadang dia tanya pasal keje kita sekarang.. pe yg relate dgn jawatan kita mintak tu..

kadang-kadang dia tanya, nape ada degree/ diploma mintak jawatan 2 step lower..

sesungguhnya, ni semua soalan provoke.. soalan provoke ni keje jawab berhikmah..

contoh kenapa nak keje gomen..

kalau korang jawab pasal sy berminat dan lama menyimpan hasrat.. peluang tipis..
kalau jawab sy nak keje gomen pasal mmg cita-cita sy..

jawapan kena lain drpd yg lain.. korang kena bayangkan.. sebab pe.. penemuduga tu seharian kot inteview.. kalau semua bagi jawapan sama.. mmg logikla dia payah nak amik.. ni pendapat sy ikut pengalaman je.. kah kah..

Tolong jgn guna ayat klise.. org jawa mcm sy pesan.. kah kah.. ayat yg org boleh baca, ayat yg standart, ayat yg skema, guna skit skil berfikir dan ayat pusing2 yg matang tau..

tp yg penting kalau kena provoke tolong bertenang, jgn melawan, hadiahkan senyuman dan yang paling penting jgn nangis.. jgn sesekali guna jawapan utk meraih simpati.. tu pon payah sebenarnya... guna jawapan yg mempunyai power dan karektor.. high energy.. kah kah..

Sumber FB SPA : ni adalah gambaran sebenar sape yg kena dengan YBhg. Tan Sri Pengerusi SPA



Tips

akhir : menilai kesesuaian calon, menilai potensi

ni biasanya soalan maut.. soalan yg melayang di fikiran penemuduga.. soalan yg kita xle nak bajet.

soalan feveret sy.. ape kelebihan kamu berbanding calon-calon lain..

jawapan yg penah sy dpt dan sy suka..

saya tidak tahu kelebihan calon lain, tp saya berkebolehan dengan bahasa isyarat.. bahasa sepanyol.. tp klu org tu test.. kena tau jawab la..pastu tet tet.. power

pastu ada org penah jawab.. saya seorang yang tegas dan mengikut peraturan dalam melaksanakan tugas dan tidak berkompromi dengan peraturan walau pun dengan kawan.. peraturan is peraturan.. namun jika tidak bertugas sy seperti insan biasa ... bersukan, bergurau. dll balh blah..

pe pon jawapan korang.. yg penting mestilah humble dan tidak membangga diri.

Sumber : Nota Ceramah SPA


tips.

ada org kena inteview 15 minit.. ada yg 20 min.. ada yg 30 min.. tempoh yg berbeza tu x menjanjikan apa-apa.. bukan kata inteview kejap jd x dpt.. inteview lama boleh dpt..  ni semua andaian kita je.. yg penting kita kena kena tawakal lepas abis tu..


last ; pe beza last ngan akhir.. kah kah.. korang dpt ke x.. tu je..

Tawakal melayu vs Tawakal Islam..

contoh tawakal melayu, kita x prepare pape langsung nak pi inteview.. pastu lepas inteview kita kata xpe dah lepas sekarang tawakal je.. ooh.. ini x betul

yg betul.. tawakal islam.. kita dah prepare sehabis baik.. org kata 200%.. pastu blk inteview kita terus berdoa.. terus mintak redah ibu bapa.. doa ibu bapa.. x putus berdoa.. tu baru betul konsep tawakal..

kesimpulan.. inteview ni bukan sahaja utk keje kerajaan.. keje ni bukan semata-mata keje kerajaan.. keje swasta pon kena inteview.. pokoknya jugak bergantung pada rezeki yang Tuhan bagi.. kalau kita dah usaha tp belum rezeki kita xle nak kata ape la kan.. Redha dan jgn putus asa.. teruskan usaha.. InshaAllah..

Sesungguhnya Tuhan tidak akan menguji hambanya jika hambanya itu x mampu... Al - Baqarah ayat 286

ok.. mcm biasa.. dah tepu.. harap bermanfaat perkongsian drpd pengalaman sebenar... momen indah..

selamat berjuang dan didoakan anda semua akan berjaya..

Monday, 20 April 2015

Tips Inteview/ Temuduga Kerajaan - Part 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

kali ini nak post pasal tanggungjawab sosial plak.. lama sgt x berblogking ni.. bersarang.. bersawang semua adala..  aku x penah citer langsung pasal keje aku.. tp kali ni rasa terpanggil.. sebab aku rasa ni je cara nak bantu orang ramai yang menganggur kat luar sana.. aku pon penah tanam anggur ni.. kah kah..stress rasanya..  tp x lama.. Alhamdulillah..

xde citer pasal umah, xde citer pasal umrah.. kali ini real story.. korang rasa aku layak citer ke pasal inteview SPA ini.. kah kah.. jgn kan korang.. aku pon rasa x layak.. tp niat tu tulus mulus suci murni putih berseri-seri tu yg penting.. kah kah..



sebenarnya aku penah keje ngan SPA ni dan penah la beberapa kali jd panel inteview.. bukan mudah nak buat keputusan.. suka nak tekankan inteview ni Subjektif.. bukan objektif.. kah kah.. tp skang sy dah kuar.. keje kat sana x lama cuma hampir 5 tahun.. okla.. hati aku masih ada skit2 kat sana.. kah kah.. serius..

maksud subjektif tu.. bukan isi tempat kosong tau.. kah kah.. dan maksud objektif jugak bukan tanda a b c tu.. kah kah.. subjektif di sini maksud dia..

setiap penemuduga sifat dan cara pemilihan dia berbeza.. bohongla kalau diorg kata sama.. ada skema jawapan.. yes.. mmg.. tp manusia kan ada taste sendiri.. so sape kena taste penemuduga tu.. so tu rezeki dia.. changes dia nak dapat tu tinggi.. tu yg nak share tu..

satu lg.. masa aku keje sana.. ramai sedara menara tanya.. tolongla dia.. anak dia.. mereka dan keluarga mereka.. tp jujurnya.. mmg xde kabel dasar laut.. kabel besar dan kabel yang sewaktu dengannya.. nape aku cakap cantu.. mudahnya jawapan tu.. isteri sy pon sy x dpt nak tolong.. kalau guna cable.. sure.. wife, abang adik aku semua dpt keje gomen ni.. tp.. sorang pon x berjaya..

so cane nak tolong.. tolong ajar & bg tips cane nak  berhadapan dgn penemuduga la.. kan kan.. mungkin taste x sama.. tp selagi mana kita confidence dan yakin dengan kuasa pencipta.. InshaAllah..

Fail yg kelihatan profesional.. kaler gelap.. 
Tips 1..

bila dah dpt panggilan temuduga, tolong prepare segala mak nenek sijil yang kita ada.. terutama sijil SPM, Diploma, Degree, Sijil kita wakil negeri, sijil kita join kadet ke, lumba lari ke pe la..  cumanya bila tang sijil tu.. make sure letakla yg paling power kat depan.. klu sijil skit.. mmg x dpt nak tolong la..
susunan tu biasa SPA ada senarai semak.. tolong jangan buat last minit..

sebab pe, sebab ini adalah punca2 awal kegagalan inteview yg kita cipta sendiri..x bersedia.. kita jgn kedekut untuk beli fail yg paling menarik, tertarik tp yg penting rupa fail tu mestilah profesional..
contoh isi dalam fail.. rasanya kalau ikut susunan SPA, IC dulu pastu surat beranak.. 


sy penah tgk seorang calon guna fail kartun.. penuh dgn gambar kartun.. mmg x sesuai sungguh.. kalau penemuduga tu jenis skema.. harapan calon tu mmg tipis rasanya walaupun calon tu pandai berkata-kata.. so elakkan perkara-perkara yg merugikan cani tau..

contoh background gambar paling bagus.. dan tie dan blazer warna yg selamat (gelap): Sumber google.. tq google.. kah kah

Tips 2..

Gambar.. korang jgn kedekut pasal gambar.. sekarang ni teknologi mcm2.. klu nak guna teknologi sendiri make sure ikut piawai..

pe maksud ikut piawai jgn la pi bg background putih ke, purple, oren, kelabu taik asap..
pastu pakaian dalam gambar tu biar semenggah.. bahasa mudah dia.. profesioanal,
jgn gambar rambut panjang, pakai tshirt.. muka x de seri org kata.. biar pki blazer.. seluar nak pakai pe.. kain je pon xpe.. sebab x nampak.. kah kah..

yg perempuan plak, jgn pakai yg warna menyala2.. gincu merah menyala.. pakai biasa.. sedap memandang.. ni sama gak masa korang dtg inteview nanti..

sebab pe.. gambar adalah 1st impresion org (betul ke aku eja ni.. kah kah) dan dia boleh bantu di masa kecederaan, bila penemuduga rasa ramai sgt dia nak pilih.


sumber : Website SPA 


Tips 3..

Pakaian..

pakaian ni slalu yg spoil terutama perempuan bila tang kasut.. klu korang rock ke, hipster ke, hijabista ke.. pape la.. ini bukan masanya untuk berfesyen.. tatacara pakaian yang disediakan SPA mcm kat atas tu lah yang terbaik.

sy penah tgk, pakai baju kurung, kasut loffer, kasut chuck tyler (converse) boleh? boleh untuk jalan2 tp x sesuai utk inteview kak oi.. tolong guna kasut hitam bertutup.. jgn guna kasut kawin korang jugak yg mcm kaler tu.. kah kah.. klu xde pi pinjam tau.

pakaian utk dipakai mestilah sesuai dengan jawatan yg dimintak.. klu gred 41.. lelaki mestilah pakai blazer.. klu xde.. pinjam.. sedikit perkongsian pengalaman..

aku ni pengalaman keje mmg out.. nak ada tie, blazer.. mmg ke laut.. so bila dpt inteview, nasib baik bapak mertua ada blazer.. maka pinjamlah.. aku pi inteview naik motor.. dr Subang time tu pakai blazer naik moto.. mmg ada rasa mcm James Bond time tu.. kah kah..  tq abah Kamil. kesimpulannya, klu terdesak sgt pinjamlahkan.. belum dapat keje mana mampu nak beli.. malu mmg malu nak pinjam.. tp .. kah kah.. faham je la
lokasi :  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Sumber : ni aku sendiri.. kah kah

Tips 4

Make sure korang study betul lokasi mana korang inteview.. cubalah ricky awal.. cek sehari sebelum ke 2 hari sebelum.. walaupun sekarang ada waze, google map, tu semua x mustahil boleh silap.. klu silap boleh sebabkan kita panik dan hilang mood.. tu belum lg bila sampai xde parking.. dah bala..

kaunter SPA, Putrajaya, kat level G.. nak pi inteview terus je naik aras 6
 Tips 5

Make sure korang dtg awal.. inteview kul 8.30.. make sure kul 8 korang dah dtg.. sebab klu korang dah terlewat.. mood pon dah out.. ada dokumen kena sedia.. klu ape2 jd.. at least kita ada masa.

lg satu. korang x payah la request inteview waktu malam ke, petang ke, sabtu ke ahad, walau pun peraturan boleh.. tp korang kena faham.. penemuduga jugak ada life.. ada family, klu korang dah hilangkan mood dia.. korang rasa ada chance x nak dpt..kah kah.. jawapannya mmg tipis.. lebih baik la.. kita cuti ke pe.. lebih baik kot.

Sumber : FB SPA : Seorang rakan sedang beri taklimat di aras 6

Tips 6

Pergi Program/ Kursus Tips dan panduan memasuki Perkhidmatan Awam

bukan semua org dpt peluang inteview ni. ada org skali je seumur hidup. ada yg x pernah. ada yg banyak kali tp satu pon x sangkut.. bukan semua bernasib baik.

so SPA dengan inisiatif diorg, buat kursus gini.. PERCUMA, diulang skali lg Percuma.. slalu buat Sabtu, korang pi la.. akan datang x tau la.. kadang2 mungkin cara kita x betul, mungkin kita ego, so bila kita pi ni, tips dan keyakinan kita mungkin tambah kan.. yg bg talk ni semuanya mmg keje hakiki diorg buat inteview kot..

korang boleh dpt sijil dan yg penting masa inteview korang boleh jdkan modal utk tarik hati panel inteview ckp korang penah pi tu.. kan kan..

sumber : FB SPA. Program di buat diluar Putrajaya


Program ni x semestinya kat putrajaya je tau.. ada seluruh negara kot.. so xde alasan x nak pi.. pi la amik peluang carik ilmu..

oklah.. ni part 1, rasa mcm dah tepu, aku cerita part 2, pe soalan inteview ni.. korang kena baca gak pasni tau.. klu nak berjaya la.. kah kah.. xla.. tu kan kerja Tuhan.. kita usaha sama-sama ye.. baca nanti part 2 tau..

ok.. babai.. selamat di inteview


Thursday, 24 July 2014

Hijir Ismail


Assalamualaikum

Indahnya Kaabah.. Rindu rasa hati.. kali ni nak citer pasal Hijir Ismail.. ada yg eja Hijr Ismail.. xpe.. sama je.

pe yg menarik pasal Hijir Ismail ni?

terdapat satu riwayat,
pada satu hari Siti Aisyah R.A isteri Rasullullah tringin sgt sembahyang dalam kaabah. so dia pon requestla kat Nabi Muhammad S.A.W. tp Nabi S.A.W x benarkan solat dalam Kaabah.. Walau bagaimanapun, Nabi SAW memerintahkan Aisyah bersolat sahaja di Hijir Ismail. Sebab pe?
Sebab Nabi SAW bersabda barang siapa solat di Hijir Ismail adalah sama seolah2 dia bersolat di dalam Kaabah sebab ia adalah sebahagian daripada Kaabah. (Riwayat ini sahih dan disahkan oleh mutawif saya) 

sumber : Facebook. Hijir Ismail yg lengkung tu
Hijir Ismail ni adalah antara tempat yang paling mustajab berdoa.. sebenarnya kat Mekah tu semua tempat mustajab berdoa.. tp kat Hijir Ismail ni up skit pasal kisah di atas td kan.. so.. maka.. berbondong-bondong la org mencari peluang untuk solat di dalam Hijir Ismail tu..
bila dah ramai, dan tempat yg kecik.. maka, perlu ada strategi utk solat dalam tu.. 

strategi yg pertama mestilah niat..
niat kena ikhlas.. saya rasa kalau overconfident mmg x merasa.. riak, ujub, takbur lg payah..
so kita doala.. diberi kesempatan solat di dalam Hijir Ismail ini..
biasanya masa solat fardu ia akan dikunci dan dijaga oleh pegawai2 keselamatan situ.
cuma, kadang-kadang masa solat fardu, Imam akan solat dalam tu..
Imam ni, ikut pemerhatian saya, dia akan rotate penjuru mana dia nak solat.. x tentu.. yg ni saya x kaji lg..

Syukur Alhamdulillah saya diberi rezeki untuk bersolat di dalam Hijr Ismail semasa di sana. Namun, yg indah dan bonus bg saya time tu, saya dapat bawak isteri dan ibu saya bersekali dan berjemaah di dalamnya..

satu lg strategi yg penting sy rasa.. bila dah dpt masuk.. kita dah ada plan nak buat solat pe.. 
sebab bila masuk dalam tu, saya rasa masa singkat kerana pintu yg dibuka untuk keluar masuk ada satu je.. dan jemaah tidak putus.. baik lelaki mau pon perempuan.
ada ketikanya kita kena queue utk solat walaupun kita dah dalam tu. sabar tau

kalau dapat masuk dalam tu.. solat la dengan ikhlas.. kalau niat kita ikhlas mmg dipermudahkan.. jgn pikir sempit.. jgn pikir sesak.. jgn pikir susah nak sujud.. dan lain-lain yg negetif.. buang sifat2 negetif tu.. carik dan niat dengan positif.
satu lg sembahyang di bawah pancur emas juga merupakan satu tempat yang mustajab untuk berdoa. pancur emas ini terletak dalam lingkingan Hijir Ismail..tu pon kena niat jugak kan..

Kesimpulannya.. bersandarkan kepada riwayat td.. saya berpesan kepada diri saya dan rakan-rakan, jika ke sana nanti ambilla peluang untuk bersolat di dalam Hijir Ismail ni.. feel dia lain macam best..

sekian

#loveMakkahMadinah #PrayforGaza